Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

09 February 2009

Tawaran Masyhur Purnama

“Kau terima tak tawaran kami ni, untuk berkhidmat di daerah sebelah sana?”

Al-Jund Ismail dari Masyhur Purnama bertanya lagi sekali, dengan nada yang lebih tinggi, apabila pertanyaannya masih belum dijawab Al-Jund Mus’ab. Ismail seorang yang tegas, tidak suka membuang masa, padanya masa yang terbuang adalah sangat sia-sia, lebih baik dipergunakan untuk merancang strategi memperkasakan pemerintahan di daerahnya dan diluangkan untuk kebajikan penduduknya.

Al Jund Mus’ab masih terdiam. Terbayang di kepalanya daerah sebelah yang dikatakan yakni daerah Masyhur Purnama. Yang pernah dinobatkan sebagai daerah contoh selama 3 tahun berturut-turut, hanya tahun ini tumpas di tangan daerah Aman Bertaut juga tidak jauh kedudukannya dari daerah yang dipimpinnya sekarang, daerah Soghir. Terbayang lagi kehijauan pepohon dan tanaman di Masyhur purnama, juga taman-taman bunganya yang terpelihara. Kesolehan penduduknya juga telah menjadi bualan ramai orang. Apatah lagi keteraturan pimpinan yang tidak dapat disangkal lagi.

Hasil kemantapan pimpinan di Masyhur Purnama, kemiskinan tidak lagi menjadi penyakit. Paling rendah pun kasta pendapatan penduduk di daerah itu, seperti Uzayr berusia 50 tahun, yang berumah konkrit dua tingkat dengan 4 bilik, dihampar atas tanah berukuran separuh ekar, yang anak-anaknya yang lelaki kesemuanya dihantar ke Akademi Teknokrat Hizbullah, tempat mentarbiyyah bakal teknokrat pejuang agama Allah. Keluarnya nanti bakal menjadi Jurutera Perisian Komputer, Jurutera Mekanikal Pesawat, Pakar Jantung, dan anak bongsunya, Hilman, kan menjadi seperti Al-Jund Mus’ab. Itulah antara kasta terendah (namun mulia) di masyhur purnama. Tiada miskin meminta-minta.

Akademi Teknokrat Hizbullah (ATH), yang produk-produknya mencecah 50 generasi sangat membanggakan. ATH bermula di ibu negara, sekarang cawangannya sudah memasuki Masyhur Purnama, juga daerah-daerah lain.

Masyhur Purnama memfokuskan lima prinsip dalam pentadbiran dan pemerintahan daerahnya, mengambil ciri-ciri Islam sebagai teras utama pemerintahan mereka. Rabbaniyyah, Syumuliyyah, Waqi’iyyah, Inqilabiyyah, Tsabat wa Murunah. Al-Quran dan As-Sunnah menjadi panduan teratas. Perbezaan pendapat dirai, tetapi wihdatul fikr tetap tersemat.

Kemudian terbayang pula di benaknya daerahnya sendiri Soghir. Nama pun Soghir, sekecil kawasanya. Mus’ab pun tdak tahu asal usul nama Soghir yang diberikan, tetapi Soghir telah diamanahkan oleh Al-Amir Muadz kepada Al-Jund Mus’ab untuk dipimpin, menghapuskan unsur-unsur Jahiliyyah, dan menegakkan Islam. Soghir, walaupun bersebelahan dengan Masyhur purnama, asalnya dipegang oleh kerajaan Jin tanah. Mulanya hutan belantara. Rakyatnya berupa jin-jin dibelenggu hedonisme melampau. Mereka lupa asal kejadiannya adalah dari Allah jua. Walaupun berasal dari api, tanah jadi pilihan mereka untuk menegakkan hedonisme melampau. Sehinggalah hutan belantara tersebut diterokai seorang berbangsa Inggeris, tujuannya untuk mengkaji akar-akar herba dan kuasa hidroelektrik, tertawan dek kecantikan alam ciptaan Allah yang Maha Hebat, dia dan rakan-rakan sepenyelidikannya memutuskan untuk mendiami hutan itu dan memajukan penyelidikan mereka.

Bangsa Jin mulanya marah tempat mereka diceroboh, tetapi gembira akhirnya, kerana inilah masanya mereka menyuntikkan jarum hedonisme ke jiwa penyelidik-penyelidik tersebut. Tarbiyyah jin berjaya. Penyelidik yang memang asalnya kafir, semakin lupakan diri. Mereka bawa bersama mereka anak-anak muda dari luar, yang berfikrahkan hedonisme untuk duduk bersama mereka. Hutan belantara kini maju. Tiada lagi hutan, telah didirikan bangunan-bangunan dan makmal penyelidikan. Kelab-kelab malam, bar, pool, menghiasi sekelilingnya. Infrastruktur semakin bertambah. Menyedihkan, anak-anak yang lahirnya Islam turut terjebak. Mereka termakan dengan tarbiyah hedonisme bangsa jin. Jin bangga sekali.

Namun, 7 tahun yang lepas, Al-Amir Umar menyedari bibit-bibit hedonisme tersebut. Sepanjang hari, beliau mendengar bunyian-bunyian berelemenkan Rock, Hiphop, Grunge, Gothic, sentimental malah dangdut. Tetapi semuanya membelakangkan Allah. Taghut, bisik hati Al-Amin Umar tika itu. Beliau bukanlah arif tentang muzik-muzik tersebut, tetapi kepekaannya tentang permasalahan global membuatkan Al-Amir Umar tidak dapat tidak untuk menjadi sangat pakar dalam mengesan apa jua unsur yang menyimpang. Meneladani kepimpinan Umar Al-Khatab, beliau bersama sepuluh Al-Jund yang lain turun ke daerah Soghir. Dalam masa setengah tahun, Soghir dapat ditawan. Tidak sia-sia Akademi Teknokrat Hizbullah dibangunkan. Mereka berjaya menawan daerah Soghir.

Kerajaan Jin berjaya diislamkan, dan mereka bertaubat, menyerahkan daerah Soghir kepada Al-Amir Umar. Kerajaan Jin memutuskan untuk meninggalkan daerah Soghir, yang baru diberi nama itu. Mereka hendak meneruskan dakwah di tempat lain, mempraktikkan amar ma’ruf nahi munkar kepada banyak lagi jin-jin di luar sana. Mereka berbaiah dengan Allah, di depan Al-Amir dan 8 Al-Jundnya (2 lagi Al-Jund syahid dibunuh jin tegar). Penyelidik-penyelidik berbangsa inggeris dan anak-anak muda Islam kini menjadi penduduk tetap Soghir, terdapat juga yang menjadi pimpinan Soghir, setelah bergraduasi dari Akademi Teknokrat Hizbullah di Masyhur Purnama dan Aman Bertaut. Hedonisme ditinggalkan, Allah kini tujuan mereka.

Maka Mus’ab, seorang anak muda, baru berusia 25 tahun, juga graduan ATH di ibu negara, telah 2 tahun memegang tampuk pimpinan Soghir. Namun Soghir masih tidak semantap dan semasyhur Masyhur Purnama dan Aman Bertaut. Soghir masih di peringkat pembinaan. Masih banyak pembangunan yang perlu ditumpukan. Setakat ini tarbiyah masih bergantung di luar. Institusi tarbiyah di Soghir baru berusia setahun lebih. Sekali-sekala dijemput Protaz (Professional Ustaz) dari daerah lain atau dari ibu negara untuk memberi pengisian dan kursus pimpinan kepada Protaz Soghir. Alhamdulillah, sejak pemerintahan Al-Amir Umar, sehinggalah 2 tahun lalu, si muda tetapi cekal Al-Amir Muadz menerajui pimpinan negara, ramai graduan-graduan berupa para Teknokrat Hizabullah yang dihantar ke Soghir, termasuklah Mus'ab sendiri untuk membangunkannya.

Mus’ab tidur malam itu memikirkan dilema yang dihadapinya. Alhamdulillah, Mus'ab sempat bangun dan bertahajjud. Dia menangis di hadapan Allah. Walaupun nampak gagah di luar, dia tewas di hadapan Allah.

“Ya Allah.............. Antara Masyhur Purnama, dan Soghir, kau tunjukkanlah jalannya padaku.”

Antara bait-bait doa Mus'ab. Lailahaillallah................ Aku lemah. Mus’ab menangis lagi.

Lailahaillallah......................... Mus’ab tidak dapat meneruskan zikirnya.

Selepas solat subuh berjemaah di masjid, Mus’ab berkira-kira sekali lagi.

"Soghir belum kukuh lagi. Soghir amanahku. Seperti janjiku padaMu dahulu Ya Rahman."

Mus’ab teringatkan kisah Al-Jundiyyah Khadijah setahun yang lalu. Mus'ab sangat mengagumi Khadijah. Khadijah tidak mahu meninggalkan Soghir walaupun pelbagai tawaran menanti di luar sana. Protazah (professional ustazah) sangat laku sekarang, lagi-lagi di tempat yang menyaksikan kemajuan seperti di Masyhur Purnama, An-Nur, Al-Munawwarah, Aman Bertaut. Dan bukan sekali Khadijah menolak lamaran Al-Jund lain yang ingin memperisterikan Khadijah. Alasannya dia masih belum boleh meninggalkan Soghir, selagi belum ada pengganti Al-Jundiyah - Al-Jundiyyah di Soghir. Akhawat di Soghir masih dalam pembinaan. “Kalau saya bernikah dengannya, saya akan meninggalkan Soghir, apa saya nak jawab depan Allah nanti, sedangkan akhawat Soghir ni masih belum terbangun?” Begitulah jawapan Khadijah ketika para Al-Jund Soghir menyindirnya tidak menerima lamaran seorang Al-Jund yang sangat soleh di Masyhur Purnama. Para Al-Jund dan Al-Jundiyyah Soghir kemudian faham dengan keputusan Khadijah. “Tawaran tu tak mungkin berulang, tetapi saya yakin dengan keputusan saya ni, Allah tempat saya serahkan segalanya.” Mus’ab dan Al-Jund lain sangat kagum dengan jawapan Khadijah. Mereka pasti, Khadijah punya alasannya sendiri.

Malam itu Mus’ab bermimpi bertemu Mus’ab bin Umayr, yang memegang panji Islam suatu ketika di zaman Rasulullah dahulu. Mus’ab bin Umayr, dengan pakaian yang koyak rabak menemuinya. Mus’ab teringat, inilah dia Mus’ab bin Umayr, yang sering diceritakan. Anak orang yang sangat kaya, tetapi meninggalkan kekayaan kerana menurut langkah Rasulullah. Mus’ab bin Umayr memegang sebatang kayu, di hujungnya terdapat kain putih. Tertulis Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah. Mus’ab bin Umayr memegang lengan Mus’ab bin Hasan.

“Anakku, aku tinggalkan harta keluargaku, ibu kesayanganku, pewangi kesukaanku, kasutku yang cantik, kerana aku punya sesuatu dalam hatiku. Aku berpegang dengan sesuatu itu. Tahukah kamu apakah sesuatu itu?”

Mus’ab terdiam. Dia tidak terjawab.

“Kau juga punya sesuatu itu. Tapi sesuatu itu di dalam hatimu. Sedangkan sesuatu aku dalam hatiku.”

Mus’ab ingin bertanya, tetapi, wajah Mus’ab bin Umayr yang ditatapnya semakin kabur. Kemudian dibayangi cahaya. Dan hilang. Lengannya dilepaskan. Yang tinggal hanyalah haruman yang semerbak. Sangat harum. Agaknya inilah haruman khas yang ditempah oleh keluarga Mus’ab bin Umayr khusus untuknya satu ketika dulu.

Esoknya Mus’ab kembali kepada Al-Jund Ismail dengan membawa jawapan kepada tawaran Ismail. Dia yakin dengan keputusan yang Allah tetapkan untuknya itu. Mus'ab akan terus berjuang di Soghir. Yakin.




............................

Nurul Iman Kauthar
2009

1 komentar:

SyukraNs said...

Assalamualaikum wrh bkth,

Miri belum terbangun...macam ne ya ka? adakah ya jawapan nya?

ehem...ehem...ehem...