Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

18 February 2009

Kembara si Hedonisme

Bila hedonisme menjalari diri
Membelit di celah lipatan tubuh
Menelusur sepanjang ruas anggota

Bila duri hedonisme menusuk epidermis
Mencengkam lapisan lemak dan tisu
Membebaskan diri ke dalam pembuluh kapilari
Lalu di bawa menuruti arus darah vena
Mengalir ke jantung
Yakni punca jasad disimbahi nikmat

Pabila hedonisme merajai jantung
Otot-otot myocardium dicengkam padu
Serat-serat otot terus memacu
Memandu darah dilaruti hedonisme

Hedonisme berjaya teruskan survival
Zarah-zarahnya dipecah diserak
Kuasa myocardium menghantarnya seluruh ceruk

Ke atas menguasai minda
Merajai mata
Mengembalai tangan- tangan
Ke kiri dan ke kanan mencelahi tiub udara
Ke bawah meresap ke hati
Mengairi saluran-saluran hina
Menyiram tiang-tiang kudrat

Hedonisme benar-benar sukses
Kerajaannya bisa berkembang

Kini angan-angan semakin panjang
Nafsu ditaati
Akhirat dilupakan
Kebenaran ditolak

Duh hedonisme
Siaplah kamu

2 komentar:

hafizhMZ said...

beberapa soalan doktor:

1. dalam community setting, mcm mn kita nk PREVENT penyakit hedonism ni?

2. kalau dh terkena dah, apa signs and symptoms penyakit ni?(for self diagnosis first and foremost, and also for diagnosing others)

3. mcm mn nk mengubati penyakit ni?

Miss Ishak said...

Jauh sekali pakar dalam hal ni, tapi sekadar berkongsi. If you asked about prevention, let us look it under primary, secondary, tertiary prevention.
So peringkat yang nak di tackle di sini ialah peringkat-peringkat yang dikategorikan bawah ketiga-tiga level seperti yang di atas la.

Tanya diri kita balik, kita nak mengubati orang yang dah terkena penyakit ni, tapi ada tak kita beri atau offer alternatif lain kepada mereka?

Kita sibuk menakut-nakutkan mereka dengan azab dan seksaan, complications akibat terbabas dari landasan yang 'lurus', tapi pernah tak kita khabarkan mereka khabar-khabar baik, balasan syurga..

Kita sibuk nak hentikan konsert-konsert, tutup pusat hiburan, tapi sejauh mana usaha kita nak kawal sektor ekonomi, industri, pendidikan.

Hmm, rasanya ni bukan jawapan pun doktor..


Self diagnosis n Dx others... (Ni tak jumpa dalam OHCM nih)
Panjang angan-angan, mengikut hawa nafsu; panjang angan-angan lupakan akhirat, ikut hawa nafsu, tolak kebenaran (rujuk hadis "Tulul aman, watib~il hawa'....")

Setiap penyakit ada penawarnya. Inqilabiyyah; runtuhkan jahiliyyah dan bina yang hak. Amar ma'ruf + nahi munkar.. (Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas..........)
Knsef 'wau 'athof': laksanakan kedua-duana. Bukan amar ma'ruf saja, bukan nahi munkar saja..

Wallahua'lam.
Doktor hafizh ada formula lain ke?