Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

09 February 2009

Dia dah kembali

Baru sahaja menerima panggilan dari sahabat baikku, Zanirah sebelum Maghrib tadi.

"Huda dah takde", menurutnya.

Hanya ungkapan Innalillah yang bisa dituturkan.

Kami baru sahaja menziarahi Huda di ICU HUKM tadi.
Keadaannya memang sudah kritikal.

Acute Myeloid Leukemia ditambah dengan unresponsive chemotherapy yang telah 2 kali dijalaninya, ditambah baru sahaja selepas menjalani hemicolectomy (pembedahan membuang bahagian daripada usus) dan Pneumonia.. Ditambah lagi dengan tahap imunnya yang sangat rendah setelah menerima kemoterapi (immunosuppressed). MasyaAllah, hanya Allah yang tahu betapa deritanya huda.

Berita terakhir yang kami dengar ialah beliau dalam kondisi septic shock. Tekanan darahnya tadi pada pukul 5 petang ialah 23/19 mmHg. Denyutan jantung 159. Memang septic shock.

Tenanglah dikau di sana Huda.
Moga Allah ampunkan dosa-dosamu yang lalu. Syurgalah untukmu.
Turunnya hujan tika ini seolah sama-sama menangisi pemergianmu.

Huda. Junior setahun daripada kami, tidak sampai dua bulan disahkan menghidap AML,
Allah menjemputNya.
JemputanNya tak mengira siapa.
Hatta Huda yang baru sahaja mempelajari tentang penyakit Leukemia semasa lecture haematology beberapa bulan yang lalu.
Ibu-bapanya sangat tabah. Moga semua ibu bapa setabah mereka.

Damailah kau di sana Huda.

Aku sendiri tak sanggup melihat HUda di ICU, sangat menyedihkan.

Innalillahi Wainna ilaihi Raji'un. Itulah yang terbaik buat Huda.

InsyaAllah, kita semua akan ketemu Huda, di waktu itu,

"Muka pada hari itu berseri-seri,
berpuas hati dengan balasan amal usahanya,
mereka tinggal di dalam syurga yang tinggi,
tidak mendengar sebarang kata yang sia-sia.
Di dalam syurga itu ada mata air yang mengalir,
ada pelamin berhias yang tinggi.
Dan piala minuman yang disediakan,
dan bantal yang teratur,
serta hamparan yang terbentang."

Al Ghasyiah : 8-16