Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

12 February 2009

Jom dengar kisah saya semasa Forensic Posting

Forensic Posting baru sahaja selesai. Jumaat yang lepas.

Kini Community health posting baru saja bermula. Kan mengambil masa selama 8 minggu sebelum cuti panjang menjelang. Bakal ke Tampin selama 6 minggu.

Tak banyak yang boleh diceritakan pengalaman semasa rotation Forensic. Hanya 3 minggu.

Antara aksi Forensic Rotation: 4 kali menyaksikan autopsi, dan 2 kali ke mahkamah wilayah.

Selebihnya kuliah, autopsy report writing, dan SSM(Special Study Module) yang tertangguh untuk disiapkan. Hari terakhir kam menduduki end posting examination.
Sakit kepala. Hanya ini yang bisa diungkap untuk describe forensic posting. Bau yang tidak menyenangkan.

Sekali-sekala rehat. Sekali-sekala berjaga malam.

Ke mahkamah mengadu nasib bertemu kes forensic untuk dibicarakan.Tiada rezeki. Hari pertama di mahkamah, Hakim tak masuk-masuk pun dewan. Kami menunggu. Akhirnya pulang, kerana kuliah di petangnya.

Hari kedua ke mahkamah, masuk ke perbicaraan kes yang betul, tetapi pengemukaan hujah forensicnya tiada. Kami tersilap hari. Tak perlu menyalahkan sesiapa.

Ke dewan autopsi, kesnya ada. Kena pastikan dulu dengan operator di Jabatan Forensik. Terima kasih Atikah. Ketua kami untuk forensic rotation. Dia sakit-sakit di minggu kedua.

Apapun kali ini logbook tidak terisi penuh. Seperti posting-posting yang lalu. Tapi kali ini lebih adil.

Sedikit pengajaran dari forensic posting:

1. Malang tak berbau. Pandu kereta berhati-hati, jangan lupa pakai tali pinggang keledar, dan ucapkan doa pada Allah, pohon perlindunganNya.

2. Forensic medicine mungkin boleh mengesan dan ‘reconstruct’ balik ‘events of crime’, berdasarkan kesan-kesan yang ditinggalkan, sebelum ni pun saya tak terfikir olehnya. Penjenayah yang membunuh, mencederakan, mendera,merosakkan hidup, merogol. Fikirlah beberapa kali sebelum melakukan jenayah. Anda takkan terlepas. Tak di dunia, di akhirat.



3. Ketahuilah, pengadilan Allah lebih adil. Berhukumlah dengan hukum Allah.

4. Buatlah yang terbaik untuk bantu si mati, malahan si hidup yang menjadi mangsa.

5. Besar jugak peranan forensic medicine ni dalam kes-kes jenayah.

6. Jadilah masyarakat dan individu yang prihatin dan peka dengan masalah dan perkara di sekeliling kita.

Saya mula berasa kurang sihat. Cuba gagahkan diri.

Biarlah ‘lelah’ menjadi ‘Lillah’.

Wallahua’lam.

4 komentar:

myikhwanfiideen said...

Salam'alaiki..

Seronok dan teruja bla baca posting2 mcm nie.. Memang sejak dari sekolah cita2 nak jd doktor.. Tp, apakan daya.. Memang takdir Allah dah tentukan msk engine pula.. Mgkn jg btul2 tak layak..;)..

Tp, apapun moga antum suma para bakal tabib dpermudhkan urusan oleh Allah.. Insya Allah, kt menunggu-nunggu produk yg dpanggil sbg teknokrat hizbullah..

Siiru 'ala barokatillah!

Miss Ishak said...

Setiap daripada kita telah ditentukan dalam bidang-bidang masing2..

Ana pun bercita-cita nak jadi doktor, kadang-kadang lecturer..
Tapi Allah tunjukkan jalan ni rupanya.

Jadi tunggu dan lihat je la.
Rasanya takde bidang yang lebih superior daripada bidang yang lain, atau sebaliknya.

Kalau ditotalkan pulangan bidang masing-masing, semuanya berbalik kepada macam mana kita 'bawa diri' dalam bidang kita.
Akh zul setuju tak?

Moga sukses dalam bdg engine.

SyukraNs said...

Salam'alaik,

Jadi manusia lagi best... hehehhee, banyak orang tak bercita-cita jadi manusia yang mulia. Ana terfikir tentang sebuah cerita, mengenai impian seorang lelaki mendapat 1 juta. Cita-cita dalam hidup nya nak jadi orang kaya. Tapi bila dah jadi orang kaya.Dia dah tak ada cita-cita. Lalu hidupnya terus hancur tak bermatlamat.

Bagi ana, bidang yang kita tempuh adalah sebahagian dari cabaran kita untuk menjadi manusia sebenar2 hamba kepadaNYA.

Cita2 menjadi hambaNYA yang bertaqwa itulah menjadi idaman para pejuang Agama. Lantaran biar ia jutawan, engineer, usahawan...cita-cita tadi tidak pernah dirasai digapai..namun hanya ALLAH yang layak menilainya

Miss Ishak said...

Setuju dengan akh syukran..

Bidang yang kita tempuh hanyalah alat untuk mencapai tujuan.

Pergunakanlah alat tu dengan sebaiknya untuk sampai kepada tujuan.