Mengapa memilih menjadi doktor? Mungkin saya belum selayak itu untuk menjawab, manakan tidak, saya masih seorang pelajar perubatan, belum tamat belajar apatah lagi bergelar pengamal perubatan. Diri terasa kecil tatkala berada di wad, dikelilingi HO, MO dan Pakar, masih sebagai pelajar.
Mengapa saya memilih menjadi doktor? Apakah tiada kerjaya lain yang tidak memerlukan kita dimarah patient, bos, tidak perlu berdepan dengan pesakit yang banyak ragam , perangai, tidak mahu dengar kata. Bagi si doktor wanita pula, bukankah lebih baik mereka memilih kerjaya yang tidak berapa sibuk, manakan hendak menjaga dan mendidik anak, suami pun jarang berjumpa akibat oncall atau emergency lagi-lagi sekiranya terlibat dengan jawatan atau bidang yang sibuk seperti seorang House Officer atau surgeon atau obstetrician dan sebagainya.
Ada sahabat mengatakan, dia memilih jurusan perubatan kerana tidak tahu apa lagi bidang yang boleh dipilihnya selain bidang perubatan.
Seorang lagi menjawab, katanya, menjadi doktor akan membuatkan dia jauh daripada berbuat jahat. Mungkin teori ini sesuai diaplikasikan pada sahabat tersebut. Ya, kita banyak diajar tentang etika, bagaimana berhadapan dengan pesakit, keluarga pesakit, dan pelbagai prosedur dan protokol yang perlu dilalui, maka kita tidak begitu terjurus ke arah kejahatan. Saya bersetuju dengan pendapatnya, kerana kerjaya doktor memerlukan kita sentiasa berbuat baik, dan selalunya kita akan kelihatan baik, tetapi kenapa masih ada doktor yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan yang bukan sahaja melanggar etika kedoktoran, malah etika kemanusiaan sendiri, bahkan lebih teruk (tapi kelihatannya biasa di mata masyarakat) melanggar apa yang digariskan syarak.
Kita banyak ’berlakon’ dan menghafal skrip semasa berhadapan dengan pesakit. Skrip dan aksi yang diulang-ulang setiap kali peperiksaan klinikal dan semasa berada di hadapan pakar. Dan akhirnya lakonan tersebut menjadi biasa dan skrip tersebut telahpun dihafal hanya tinggal meluahkannya sahaja. Hatta lakonan tersebut biasanya akan bertambah baik dan tampak ’real’ dari tahun ke tahun. Kita akan terbiasa dengan langkah-langkah tersebut. Namun sebenarnya kita kan sedari yang akhirnya keikhlasan tersebut akan datang perlahan demi perlahan. Kita tidak lagi berlakon, malah kita tahu dan faham mengapa perlunya bercakap dengan baik dan membina rapport ketika berhadapan dengan pesakit. Kita kan faham apa dan mengapa perlu adab-adab ketika berhadapan dengan pesakit.
Maka saya tidak ada jawapan kepada persoalan ’kenapa menjadi doktor?’. Saya juga melihat mengapa saya memilih menjadi doktor dari perspektif saya sendiri. Saya bukanlah seorang yang dikatakan excellent student atau bright one namun peluang untuk saya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, bagi saya adalah lebih kepada rezeki dan rahmat Allah. Bidang lain pun bukanlah bidang yang rendah tarafnya, malah sebenarnya sama penting atau lebih penting daripada bidang perubatan. Ah, sekali lagi kepala saya pening.
Dahulu, saya memilih perubatan kerana bagi saya bidang ini antara bidang yang superior, kalau bukan aku, siapa lagi yang nak mempelajarinya (waah, riak sekali ya).
Terselit juga niat di hati untuk membantu keluarga dan masyarakat. Bukan sahaja dari segi kewangan malah khidmat perubatan (cheewah, kalaulah semudah tu), kaunseling perubatan.
Juga untuk memenuhi hasrat dan keinginan ayah umi,yang mahukan anaknya menjadi doktor. Sebenarnya sejak kecil pun saya telah dipupuk minat untuk menjadi doktor oleh ibu bapa saya.
Untuk membuktikan bahawa saya boleh dan saya mampu menjadi doktor, kepada mereka yang memandang kecil kepada saya; seorang yang tidak berapa kelihatan kecerdikannya, yang kuat menangis semasa kecil di sekolah, yang nampak senang untuk dibuli, yang tidak berapa menyerlah di kalangan adik beradiknya, tetapi bila dipuji sedikit akan berasa seronok dan perasan sehingga pulang ke rumah.
Setelah bergelar pelajar perubatan, saya masih tidak merasai perasaan untuk menjadi doktor, malah hanya menjalani rutin-rutin menghadiri kuliah, peperiksaan.
Sehinggalah saya memasuki fasa klinikal di tahun 4, barulah saya terpukul dengan satu perasaan. Setelah mendengar kata salah seorang pensyarah saya,
"Semua di kalangan kita ada hanya satu destinasi. Destinasi yang sama pasti, iaitu akhirat. Jangka masa yang paling pendek dalam fasa-fasa kita sebagai makhluk ialah fasa kehidupan di dunia. Tapi pelik, apa yang paling kita kejar ialah kehidupan dunia, yakni fasa terpendek dalam perjalanan seorang makhluk. Jadi akan timbullah soalan- Berapa ye, gaji kalau jadi specialist? atau Sibuk tak jadi surgeon?.”dan pensyarah tersebut mengakhiri pesanannya dengan kata-kata yang saya takkan lupakan.
”Hidup ni ibarat kita sedang melalui satu perjalanan menuju ke satu destinasi yang memang pasti. Menjadi doktor hanyalah ”ALAT” untuk sampai ke destinasi tersebut.”
MasyaAllah, selama ini, kerjaya yang saya agung-agungkan rupanya hanyalah ALAT. Bukan tujuan. Saya sendiri masih tidak dapat menjawab soalan mengapa memilih menjadi doktor, tetapi, dengan melalui jalan yang menuju ke arahnya (yakni pelajar perubatan) telah banyak membuka mata saya. Kelak apabila bergelar doktor, kami tidak berurusan dengan wang, kertas, mesin, kenderaan, atau komputer, tetapi kami berurusan dengan sesempurna makhluk, iaitu manusia, sangat berkait rapat dengan hubungan sesama manusia, yang kaya dengan emosi, perasaan, kehendak, dan sebagainya.
Setiap masalah atau penyakit akan ada penawar. Tetapi saya juga belajar bahawa tidak semua pengakhiran adalah baik. Kadangkala kami akan berhadapan dengan kegagalan, kegagalan yang melibatkan manusia. Sekiranya nasib tidak menyebelahi, kegagalan tersebut akan dituding kepada kami. Seperti yang kita baca di dada akhbar. Tetapi memerlukan kita melakukan seribu kebaikan untuk kita dihargai di dada akhbar. Mujurlah Allah Maha Adil. Semuanya kan diadili seadil-adilnya. Maka tugas kitalah untuk sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebagai doktor, bukan sahaja membantu merawat penyakit zahir, malah penyakit hati, yang tak ternampak oleh zahir.
Saya rasa sudah cukuplah saya membebel pada entri kali ini. Saya masih lagi dalam perjalanan mengumpul kepingan-kepingan mozek “Tujuan saya memilih menjadi doktor”.
"Dan apakah Kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Al Mu'minuun : 115)
10 komentar:
Salam. berwajah baru! :)
same goes to me. azah pun tataw kenapa memilih bidang perubatan. yang terlintas di benak fikiran, sudah ditentukan Allah..
Yer azah.
Keep our heart alive..
Azah, sikit je lagi azah nak habiskan preclinical..
Doktor bukan sekadar di hospital dan klinik.banyak lagi peranan seorang doktor yang harus dimainkan. :)
"banyak lagi peranan". boleh explain more about that mr pulasan007?
terasa diri mcm tersesat dalam jalan yang gelap dan panjang.pangkal jalan dah jauh ditinggalkan, hujungnya entah di mana
baiklah nuarasheeq...
sbg contohnye,jadi doktor ni jmp ramai pesakit.so,bl manusia ni dah sakit,mcm2 la pe'el die nk tgl ibadah.so kita selen drpd bg ubat nk bg sembuh,kn la gitau die kn gak solat walaupun sakit.tapi kita kn la tau gak bab2 agama nih,especially fiqh.alaaa,cam kita blaja dolu2 tu.kn la tau kalo2 ade hukum rukhsah yg boleh patient tu amek.target utamanya,jgn biar patient tu x solat.tu baru satu.ade byk lg sbnrnye.tp xleh la tulis kt cni.nt npk cam nk wat post lak kt tmpt komen nih.marah empunya blog.
dear syassakii...
Janganlah dikau berdukacita,janganlah dikau bersedih,sesungguhnya dikau tinggi darjatnya di sisi Allah,sekiranya kamu beriman.
kalau terasa seperti dah tersesat,gunakanlah 'kompas' yg paling agung utk keluar dr kesesatan itu.walaupun pangkal jalan terasa jauh,ia akan menjadi tersangat dekat dan mudah jika menggunakan 'kompas' yg betul utk memandu arah.
gud blog good post! keep it up! 2 thumbs up :)
nice post:)
assalaumaikum salam ziarah dari kak ummu/sis ma.
suka dengan post ni.akak dulu bercita2 nak jadi doctor tapi takpe,inshaAllah ada hikmah semua ini.jadi skrg kalau ada pelajar akak nak jadi doctor dan dapat sekolah boarding school, akak galakkan mereka pergi menggapai cita2 mereka.
Post a Comment