Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

09 March 2009

Tak Adil

Burger keju + mayonis, piza ditabur mozarella cheese, coca-cola, pepsi, nasi lemak ayam, roti canai, teh tarik mamak, durian, rambutan, masak lemak tempoyak, sirap limau.



Durian



Siapa suka salah satu jenis makanan-makanan yang disenaraikan di atas, sila angkat tangan anda untuk saya!!


Sedap, lemak, manis, berkrim, secukup rasa, pedas mengancam, sejuk berais, nikmat, nyaman.



Salad, carrot, epal hijau, air kosong, roti jagung, oat, ikan rebus, tanpa susu dan gula, kurangkan nasi.

Siapa yang mampu makan-makanan ini sahaja sepanjang hidupnya dan meninggalkan senarai-senarai yang pertama di atas, sila angkat tangan untuk saya!!

Saya mungkin mampu bertahan untuk seminggu. Tetapi pesakit kencing manis perlu berbuat begitu sepanjang hidupnya. Ramai yang mampu. Tetapi ramai juga yang tewas.

Ada yang tidak diberitahu tentang cara pemakanan yang betul untuk mereka amalkan sebagai pesakit kencing manis atau diabetes. Maka mereka hanya mengurangkan gula dalam minuman dan makanan, pada masa yang sama melantak makan durian sebiji dua biji semasa musim durian di Tampin,Temerloh, rambutan 15 biji sekali makan, nasi sepinggan setengah.

Mereka betul dalam mengurangkan gula, tetapi durian yang banyak dan sebenarnya mereka hanya boleh makan seulas sahaja, tidak mereka ketahui.


Sudah tua dan sakit-sakit sendi, tiada anak-anak di sisi, tidak faham bahasa melayu atau bahasa inggeris, ambil ubat singseh, tak berduit nak ke klinik, nyanyuk pulak tu terlupa tarikh appoinment......Bagaimana hendak memberi kefahaman kepada mereka cara pemakanan pesakit kencing manis yang betul?


Tarbiyah dan dakwah.

Kita canangkan kepada mad’u,
“Tarbiyah mesti diteruskan, tarbiyah dan da’wah untuk semua, kita kena rancang program untuk sahabat-sahabat kita, mad’u kita.”


“Agenda tarbiyah takkan terkubur. Jom kita teruskan rantai-rantai perjuangan!”

Dan kita pun mengeksklusifkan tarbiyah dan agenda da’wah kepada mereka yang ada kefahaman, nampak ada minat.


Berbalik cerita pesakit kencing manis yang tegar di rumah, tidak mampu ke klinik mendengar konsultan doktor dan misi, tidak faham bahasa saintifik ahli kesihatan, tidak ditunjukkan praktikal menyediakan makanan sesuai dengan penyakit mereka. Mereka akan terus gagal mengawal paras gula dalam darah. Diabetes bakal ‘membunuh’ mereka lebih cepat daripada pesakit lainnya.


Bagi pesakit yang memang prihatin, berpendidikan, mudah masuk ajaran, berduit untuk naik teksi ke klinik, mereka akan terus maju dalam perkembangan mengawal paras gula dalam darah.
Mereka faham komplikasi diabetes seperti kegagalan jantung, saluran darah tersumbat, buta mata rosak penglihatan, hilang pendengaran, luka lambat sembuh yang terpaksa dipotong akhirnya anggota, angin ahmar, senang dapat sakit kulit akibat jangkitan, bla, bla dan sebagainya.
Akhirnya mereka takut setakut-takutnya setelah mendengar dan melihat saudara atau jiran sendiri meninggal kerana komplikasi diabetes maka terus mengawal pemakanan dengan CARA YANG BETUL.

Yang mampu ber’streamyx atau ber’broadband’ cari rujukan dan maklumat penyakit melalui INTERNET.
Kita lupa mereka yang tak bernasib baik seperti di atas. Mati cepat itu takdir untuk mereka kah?

Balik kepada tarbiyah dan da’wah.

Mengapa mengeksklusifkan da’wah kepada golongan tertentu. Pernah tak mencuba atau merancang atau mengkaji, mengapa terbiyah anda tidak sampai kepada mereka-mereka yang kononnya tak cukup kriteria (tak menutup aurat, tak bertudung litup, tak tsiqah dalam pergaulan, tak pakai stokin, jeans, tak berkopiah). Di mana kekurangan yang perlu diatasi?

Mana sudut yang perlu disuntik insulin pengimbang gula dalam darah?

Bucu mana yang kita ambil dekati golongan yang dikatakan tidak bersedia untuk tarbiyah kita tadi?

Dan kita mengatakan tarbiyah dan da’wah kita berjaya. Itukah kayu ukur kita?

Yang merempit akan terus pandang serong pada mat kopiah, yang bertudung bulat akan terus pandang rendah pada yang tidak, yang tidak bertudung akan terus menempelak mereka yang bertudung litup.
Pernah kita bagi ruang pada mereka semua ni untuk tahu apa yang kita bawa dalam tarbiyah? Pernah kita masuk kepada mereka melalui jalan yang gerenti mereka akan dengar sekurang-kurangnya sepatah dua kata kita?

Pernah kita khabarkan berita gembira, balasan syurga kerana memperjuang agama Allah? Syurga yang dialirkan saliran susu yang manis, arak yang paling sedap dan halal, telaga kautsar yang segar. Pintu taubat yang terbuka luas.

Balik-balik neraka, balik-balik dosa, balik-balik azab dan siksa, balik-balik kutuk, balik-balik terbalik. Ups.

Ataupun kita selama ni telah syok sendiri dengan tarbiyah kita?
Dan pada masa yang sama kita kata Islam untuk semua?

Kesian pakcik yang tak faham penjagaan diri untuk pesakit kencing manis sepertinya. Dia akan dapat kegagalan jantung dua tiga tahun lagi. Dan kita kata sistem kita dah cukup baik. Adilkah kita?

P/s: Maaf, saya agak emosi kali ini. Juga sebenarnya nak menggambarkan suasana posting kali ini (Comunity medicine) yang mana saya dan partner saya telah terjah beberapa belas rumah untuk tujuan kajian.

9 komentar:

nuarasheeq said...

apa-apa pun bnyk gelagat yang kita nampak time posting ni. kalau kat spital patient tengok orang berkot putih, diorang lebih dari suka untuk bagi story pasal penyakit. adakah ramai orang kita hanya suka menghakim dari luar?

myikhwanfiideen said...

Salam'alayk...

Kegagalan Gerakan Islam ialah pabaila mereka mengintrepetasi dakwah dan tarbiyyah dalam konteks ruang pandagn yang berbeza.. Malah ada yang memisahkan terus anatara keduanya.. Sedangkan manhaj didikan Rasulullah itu berlaku dimana org yg mdpt picuan dakwah sudah pasti disusuli dgn didikan tarbiyyah..

Syukran.. peringatan yg baik.

Sop said...

mengapa mahukan dakwah sahaja dan tidak berkawan secara ikhlas dgn org2 sebegini?

hafizhMZ said...

peringatan yang bagus...pembawaan yg cantik.

sop - yg dikatakan 'penda'wah/da'i' adalah mereka yg paling kasihkan manusia. merekalah yg paling ikhlas dlm persahabatan. berda'wah = bersahabat dgn ikhlas.

aw3rz said...

aku ingatkan soklan ucop tu soklan retorik.

pulasan007 said...

suke gak makan durian.arwah atok ade dusun durian.hehe.lari dari mesej yang nk disampaikan

Izzati Ishak said...

[nuarasheeq]
"adakah ramai orang kita hanya suka menghakim dari luar?"

Malangnya, betul. Sukar untuk dinafikan.

[myikhwanfiideen]
Lebih gagal bila kebenaran ni dinafikan oleh yang memikul dakwah dan tarbiyah sendiri.
Dan tambah gagal agenda D&T apabila orang terus menafikan apa yang dibawa oleh pemikul tugas da'wah ni buat.
Very sad but the true.

[sop]
"mengapa mahukan dakwah sahaja dan tidak berkawan secara ikhlas dgn org2 sebegini?"

'org2 sebegini' tu org yang mcm mane yek? Harap jelaskan..

[HafizhMZ]

Thanks. You answered all.

Izzati Ishak said...

[aw3rz]

Soalan usop nampak retorik? Ataupun entri ni kelihatan retorik?

Kita sama2 tengok apa yang usop leh buktikan pasnih.

You guys are very true. Retorika memang mulanya kelihatan bergegar dan gempak, tapi kalau hasilnya 'hampeh' akhirnya akan menjadi laughing and mocking stock je la.
Dan itu tanggungjawab SEMUA. Bukan hanya tertakluk pada sesiapa yang mengaku mereka salah satu daripadanya.
Adakah saya membebel lagi?

Izzati Ishak said...

[pulasan007]
"Durian manyak manis ooo", terang apos kepada pakcik di Tmn Clonlee.
"Pakcik makan la itu epal hijau. Untuk olang kencing manis".