Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

19 August 2008

Masihkah ada Karat-karat Jahiliyah dalam diri?



Bismillahirrahmanirrahim..
Ya, saya kembali lagi setelah sekian lamanya menyepi. Ke mana agaknya saya? Sibuk sangat ke? Buat masa sekarang, itu tak berapa penting, tapi saya minta semua tolong fikirkan untuk saya, atau paling kurang pun, untuk diri sendiri..
Apa yang dah kita sumbangkan?

Sumbang apa ni? Saya sendiri pun tak dapat jawab soalan ni.

Saya teringat satu ketika dahulu, saya pernah menyoal diri saya sendiri...
"MPP ni, mcm takde sumbangan je kat universiti ni..Tak merasa apa-apa pun sepanjang pemerintahan MPP ni." Tapi, tak pernah la pulak saya berfikir seperti ni.. "Kalau MPP takde, agaknya, akan tercapai tak suasana universiti yang sebegini?"...atau, "apa agaknya sumbangan aku sebagai individu muslim di universiti Islam?

Dari satu sudut, para pimpinan MPP sendiri memang dah lakukan sesuatu, banyak jugak sebenarnya (untuk makluman, saya dah cuba berlaku seneutral mungkin walaupun secara peribadi saya ada mengenali dengan rapat beberapa pimpinan MPP sekarang dan juga yang lepas), bayangkan kalau pimpinan MPP tidak memegang jawatannya, atau dalam erti kata lain, bukan mereka yang pegang, tetapi orang lain.

Kritikan memang perlu. Ya, itu sudah pasti. Dah tentu atau sepatutnya pihak MPP sendiri bersedia menerima pandangan daripada mereka yang dipimpin. Itu kita tanya mereka sendiri. Selepas ini.

Kita tinggalkan soal MPP. Berbalik kepada persoalan yang jarang kita terfikir ('ter' pun susah, apatah lagi 'ber'), apa sumbangan kita?...

Saya, individu sekecil ni(tak jugak kan), punya kuasa sebanyak sekian-sekian, apa agaknya yang mampu saya buat? Dakwah fardhiah? Mungkin...

Itu pun masih nak persoalkan apa yang orang lain boleh sumbangkan? Boleh persoalkan.
Apa yang kita boleh buat untuk menyumbang? Cakap, nasihat? Fikir punya fikir, timbul lagi satu persoalan... Apa tujuan aku hidup kat dunia ni? Banyak la pulak yang aku mintak.. Hmm, jalan mana yang aku nak ikut? Guideline mana yang aku nak guna?

Fuh, mencabar. Sampai kepada firman Allah yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung" 03:104..
Salah satu komponen guideline yang saya cari nampaknya. Allah dah bagi jawapan lama dah, hanya saya yang tak jumpa.. Ooh, hendaklah ada rupanya yang amar ma'ruf nahi munkar.. Kalau bukan kita, siapa?

Ish-ish, rupanya saya ni banyak cakap je selama ni...
Firman Allah yang bermaksud, "Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tidak perlakukan" 61:9

Persoalan-persoalan tu takkan berakhir. Tapi naluri manusia sangat mendorong kita mempersoalkan sesuatu yang hanya memberi keuntungan kepada kita, yang menudingkan kesalahan kepada orang lain..

Pernah tak kita persoalkan;

1. "Kenapa lecturer ni saja je nak menyusahkan kita?- isu di sekitar bulan ogos ni

atau

2. "Kenapa ayah ambik aku lambat?-mengimbau memori zaman sekolah

atau

3. "Kalau tak buang masa berleter ngan orang boleh tak? Cerewet la ko ni"-ayat berlagak kejam

atau

4. "Kenapa asyik group kita je yang bernasib malang?"-antara dialog yang glamour di kalangan pelajar tahun 4.

Jom kita ubah budaya di atas kepada

1. a. Kita tak cuba lagi cadangan lecturer tu, kenapa awal-awal lagi kita dah bantah- kalau nak bantah pun, biarlah secara berhikmah. Itulah gunanya syura
b. InsyaAllah Allah berkat kalau kita hormat lecturer kita. Tak semestinya cadangan kita tu yang terbaik untuk kita.

2. Risaunya ayah tak datang-datang lagi ni. Ayah sibuk kot. Biar aku talifonla dulu. Bukannya susah pun tunggu sekejap je lagi.

3.Betul jugak apa yang kau cakap. Aku pun tak pernah terfikir hal ni. Terima kasih ingatkan aku. (Dalam hati~inilah sahabat sebenar)

4. a. "Allah bukan saja-saja nak timpakan nasib malang tu. Banyak yang kita dapat hari ni. Dapat dengar dan tengok banyak 'good signs'."
b. Dalam hati, "Daripada kesusahan yang kita lalui, baru aku nampak sikap kawan-kawan aku, aku lebih mengenali mereka sekarang."

-Lebih kepada nak ingatkan diri sendiri-
Wallahua'lam.

4 komentar:

pulasan007 said...

herm...btol gak

aen_aisyah said...

em..
alhamdulillah 'ala kulli hal.
dengan pengetahuan kite yang terbtas ni,Allah jua yg taw ape terbaik utk hamba2Nya..
moga termasuk dlm golongan bersyukur..

mAtTpEeT said...

hmm,
u may listen to ahmed bukhatir's song- forgive me.
it surely suits diz post

Musafir fil-ard said...

Kakti bucuk