Kelihatan di sudut ruang tamu, si kecil merapati ibunya yang sedang menidurkan si adik yang terlena di atas tilam kecil. “Ma, bila abah nak balik,ma?” Tanya si kecil sambil memegang lengan baju ibunya. “Abang sabar ya. Allah sayang orang yang sabar. Kejap lagi abah balik la. Abah kan kerja, sayang,” si ibu menjawab sambil mengusap lembut kepala anaknya.
“Tapi kan mama, kenapa mama balik cepat, abah balik lambat? Hari-hari Abang rindu dekat abah,” Ahmad mula bertanya dengan sebak dan mencebikkan bibir mungilnya.
Melihatkan itu, si ibu lantas tersenyum memandang anaknya yang baru berumur empat tahun, tetapi sudah tahu meluahkan rasa hatinya dengan bahasanya sendiri. “Ahmad anak mama yang soleh, mama ni cikgu kat sekolah. Mama pergi sekolah, ajar kawan-kawan abang yang belajar kat sekolah. Anak-anak kecil tak boleh balik lambat. Sebab tulah, mama kena balik rumah petang, supaya anak murid mama pun balik rumah petang,” jawab Hafsah lembut. Ahmad terdiam mendengar jawapan ibunya, sedang cuba untuk memahaminya. Sebentar kemudian, “Tapi abah, mama? Anak murid abah balik lewat ye ma?” Hafsah tersenyum lagi. Sambil menepuk perlahan belakang Ahmad, “Abah kena jaga pesakit di hospital. Abang tau tak, setiap masa ada orang sakit. Abang ingat tak abang demam,masa atuk datang sini. Lepas tu adik Iman muntah pagi tadi. Abang ingat tak?” Ahmad mengangguk. “Sebab tu lah, doktor kena ada di hospital sampai malam. Kalau abah balik nanti, kawan abah pulak tunggu pesakit kat hospital. Sebab pesakit abah perlukan abah. Abang gsuka tak kita tolong orang?” Hafsah menguji kepandaian anaknya. “Suka, nanti Allah sayang Aban, mama, abah ngan adik Iman, kan mama?” pandai Ahmad menjawab. “Ya sayang, Allah memang suka kalau kita tolong orang yang susah.” Hafsah bersyukur kerana anaknya sudah mula memahami penerangannya tadi.
Serentak dengan itu, kedengaran bunyi kereta menderum di depan rumah. “Ha, abang. Abah dah balik tu. Abang tak nak bukakan pintu untuk abah ke?” Hafsah menduga anaknya, sambil menepuk-nepuk Iman yang merengek-rengek kerana terkejut dengan bunyi bising sebentar tadi. “Bersiap-sedia!” laung Ahmad sambil meluruskan tapak tangannya mengenai keningnya, lagak seorang inspektor polis. Ahmad pun berlari-lari ke pintu dan menyambut kepulangan ayahnya seperti sudah setahun tidak berjumpa. Setelah memastikan Iman sudah lena, Hafsah bingkas bangun dan menyertai Ahmad menyambut kepulangan Sofwan, suaminya. “Dr Sofwan dah balik dah ye,” Hafsah menyalami dan mencium tangan suaminya. Dr Sofwan tersenyum sahaja menandakan dirinya begitu penat sekali. Hafsah yang menyedari keletihan itu lantas memimpin tangan suami dan anaknya ke ruang rehat.
Malam itu, sebelum tidur, Sofwan meluangkan masa bersama satu-satunya anak lelakinya, Ahmad. Ahmad duduk di katilnya dan menyuruh ayahnya duduk sekali bersama-sama dengannya. Si ayah yang mengerti akan kerinduan si anak kepadanya setelah sehari suntuk tidak balik ke rumah, menurut sahaja kemahuan Ahmad. Sebelum itu, Hafsah telah menceritakan segala pertanyaan Ahmad kepadanya tentang ayahnya yang pulang lewat sebentar tadi. “Ahmad rindu abah ke?” Ahmad yang sedang membelek-belek permainan keretanya hanya mengangguk. Abah pun rindu sangat kat Ahmad, sayang.” Sofwan menjelaskan. “Tadi mama dah bagitau abang dah, abah kena jaga pesakit abah. Ramai ye, pesakit abah?” Balas Ahmad. Sofwan memandang anaknya yang dirasakan semakin bijak. Dalam keadaan begini, Sofwan kena memastikan apa yang disampaikan kepada anaknya adalah betul, dan perlu disampaikan dengan cara yang paling sesuai dengan usia anaknya. Dalam usia sebegitu, anaknya sedang melalui proses pembelajaran dan setiap perkataan dan perbuatan ibu bapa sangat mempengaruhi perlakuan anak.
“Betul tu, Ahmad. Pesakit-pesakit abah bukan sahaja demam macam Ahmad, tapi ada yang patah kaki, luka kat badan, sakit jantung, ramai la Ahmad,” kata Sofwan sambil membayangkan keadaan setiap pesakitnya, maklumlah Sofwan bertugas di bahagian kecemasan. “Ooo, mesti abah sibuk kan?Tapi, ibu kata, kalau kita tolong orang, nanti Allah sayang,” ujar Ahmad seolah-olah mengerti akan kesibukan ayahnya. Sofwan mengangguk sambil tersenyum. Alangkah bersyukurnya dia mendapat seorang isteri yang memahami kesibukan dirinya, dan pada masa yang sama mampu menjelaskan keadaannya kepada anak mereka dengan berhikmah sekali. “Ahmad tidur ye sayang. Ahmad kena tidur awal. Esok Ahmad kena pergi Taska. Ahmad nak jadi anak yang pandai kan?” Sofwan tidak mahu melewat-lewatkan waktu tidur anaknya. “Ahmad nak jadi pandai, nak jadi anak soleh. Nanti dah besar, Ahmad nak jadi doktor macam abah. Adik Iman jadi cikgu macam ibu, kan abah?” Ahmad mengangkat-angkat kedua belah tangannya setinggi cita-citanya. “Betul, Ahmad. Ahmad ingat kan, abah nak Ahmad jadi macam Salahudin yang ayah cerita dulu. Tapi kalau nak jadi anak abah dan mama yang soleh, Ahmad kena baca doa sebelum tidur dulu,” Sofwan sentiasa cuba menerapkan anaknya dengan nilai-nilai keislaman agar keluarga mereka disinari dengan bi’ah solehah. “Allahumma…..,” Ahmad membaca doa tidur yang sudah dihafalnya sehingga habis. “Assalamu..assalamualaikum, abah. Abang tidur ni,” Ahmad memberi salam, terhenti sebentar kerana menguap dan kemudian menghabiskan salamnya. Tatkala Sofwan baru hendak menutup pintu bilik anaknya itu. “Waalaikumsalam anak abah yang soleh. Tapi menguap kena tutup mulut,kan. Nanti syaitan masuk.” Sofwan menutup rapat pintu tersebut sambil tersenyum seorang diri.
Malam itu, Sofwan mengemaskan meja di bilik tempat dia meletakkan barang-barang kerjanya. Tiba-tiba, dia terjumpa sebuah fail, kepunyaannya semasa sedang menuntut di universiti dahulu. Dia lantas membuka fail tersebut, dan menyelak helaian-helaian kertas di dalamnya. Baru sahaja bermaksud untuk menutup kembali fail tersebut, niatnya tiba-tiba terhenti apabila melihat selembar kertas yang agak tebal, bersaiz penanda buku di celah kertas-kertas yang tersusun di dalam fail itu.
“Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah kamu cintai daripada Allah, rasulNya dan daripada berjihad di jalanNya, maka, tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang Fasiq,” At-Taubah;24.
Tertulis di atas penanda buku tersebut, pemberian Adil. Bayangan Adil tiba-tiba sahaja menerawang menerjah fikiran Sofwan. Ingatan Sofwan kepada Adil tidak pernah pudar meskipun sekarang, mereka dipisahkan oleh lautan dan benua. Adil, merupakan antara pelajar senior yang paling rapat dengan Sofwan. Adil merupakan mentor dan Sofwan merupakan anak buddy Adil semasa belajar di universiti dahulu dan kebetulan Sofwan sempat merasa duduk sebilik dengan Adil selama setahun. Semua nota dan kebanyakan buku-buku rujukan kepunyaan Adil diberikan kepada Sofwan. Adil lah juga yang selalu mengingatkan Sofwan, selagi kita bergelar hamba Allah di muka bumi ini, maka tanggungjawab kita kepada Allah tetap dianggap tanggungjawab. Kesibukan sebagai pelajar dalam bidang perubatan bukannya dijadikan sebagai alasan untuk kita melupakan Allah dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. “Memanglah kita ni dinilai dengan sistem peperiksaan di dunia, tetapi bukankah kita ni juga dinilai oleh sistem yang lagi tinggi, iaitu sistem kehakiman Allah? Natijah kita di dunia ni pun atas kehendak Allah jugak,” bicara Adil sewaktu Sofwan memberikan alasan untuk belajar ketika diajak menghadiri kuliah Subuh di surau.
Sofwan mengakui Adil memang seorang yang sangat pandai membahagikan masanya. Kesibukannya dalam bidang akademik tidak menghalangnya bergiat cergas dalam aktiviti-aktiviti universiti, dan pada masa yang sama, dia tidak pernah melupakan bacaan Qurannya, Mathurat, solat sunat dhuha dan tahajudnya setiap hari. Malah, Adil sering dikunjungi sahabat-sahabat yang lain yang meminta pertolongan atau nasihat daripadanya, dari segenap perkara. Hal akademik, persatuan, hal-hal peribadi, dan tidak kurang juga masalah-masalah dalam bab agama. Bicaranya tidak pernah ketinggalan akan ayat-ayat Quran, hadis, pendapat-pendapat ulama’, meskipun hal yang dibicarakan merupakan bidang akademik. Dari kacamata Sofwan , Adil boleh dikatakan seorang yang ‘lengkap pakej’nya. Setiap katanya mengandungi hikmah dan nasihat. Smart circle nya tidak pernah ketinggalan. Perancangannya juga sangat teratur. Sofwan masih lagi ingat program kelolaan universitinya, yang mana Adil merupakan pengarahnya, dan Sofwan merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa program itu. Simposium yang bertemakan kelebihan ilmu dalam bidang perubatan dan kesihatan serta pelaksanaan ibadah ketika sakit tersebut dihadiri oleh pelajar-pelajar perubatan dari universiti-universiti di seluruh Malaysia. Sehingga sekarang, masih terngiang-ngiang di benak Sofwan akan pujian-pujian yang diberikan kepada urusetia simposium tersebut memuji kelancaran program itu diuruskan. “Sofwan, perjuangan kita akan dirasakan singkat kalau kita anggap kita ini yang penghabisan. Tapi akan dirasakan panjang kalau kita anggap kita ini penyambung perjuangan Rasulullah, sahabat dan para pejuang terdahulu,” Adil tidak jemu-jemu berkongsi dengan Sofwan.
Tangisan Iman di bilik sebelah menyedarkan Sofwan daripada lamunannya. Menitis air mata Sofwan mengenangkan kekuatan ukhwah antaranya dengan Adil. Berkat tautan ukhwah antara mereka, Sofwan tetap menghubungi Adil melalui email. Sekali-sekala mereka bertanyakan khabar dan berbincang tentang kes-kes perubatan di negara masing-masing berada. Adil sekarang berada di Manchester bagi menyambung kepakarannya dalam bidang kedoktoran, sudah pun mempunyai tiga orang anak yang hampir sebaya dengan Ahmad dan Iman. Kedengaran suara Hafsah memujuk Iman yang menangis di dalam bilik sebelah. Sebelum masuk ke bilik untuk tidur, Sofwan terdorong untuk mengirimkan email kepada Adil, bertanyakan khabar tentang mereka sekeluarga di Manchester. Setelah memilih butang ‘hantar’ pada skrin komputernya, Sofwan merenung kembali pemberian Adil berupa penanda buku itu. Jauh di sudut hati Sofwan, dia bersyukur kepada Allah, kerana memberikannya hidayah dengan diberikan peluang mengenali Adil, yang banyak mempengaruhi wataknya sekarang. Mata Sofwan menyorot kepada jarum jam dinding yang menunjukkan pukul 12.41 malam.
“Perjuangan kita akan kuteruskan, Adil. Tiada alasan yang memungkinkan aku untuk tidak berjuang di jalan Allah,” bisik hati kecil Sofwan sambil menuju ke bilik tidurnya. Dilihatnya Hafsah sedang berjaga menunggu si kecil kembali lena. “Mama belum tidur,ma?” Sofwan menegur Hafsah,membahasakan dirinya dan isterinya abah dan mama walaupun sesama diri mereka, demi membiasakan Ahmad dan Iman memanggil mereka abah dan mama. Walaupun Iman Kauthar baru berusia lapan bulan dan belum pandai bercakap, Sofwan dan Iman sangat menitikberatkan asuhan yang bermula sejak anak mereka masih di dalam rahim lagi. “Ahmad tu bijak kan, mama? Menurun dari siapalah agaknya ya?” Sofwan memulakan kata-kata dengan iserinya. “Mestilah menurun dari tuan doktor Sofwan, ye tak?” Hafsah menjawab, sambil tersenyum, tenang. Mendengarkannya, Sofwan tergelak sedikit. “Kalau bukan cikgu abah kat sekolah dulu mengajar, tak adalah doktor kat dunia ni, wahai cikgu Hafsah,” balas Sofwan bertujuan membalas balik pujian isterinya. Hatinya sangat berterima kasih kepada Allah atas hadiah-hadiah yang tidak terhingga nilainya
TAMAT.
2007
23 May 2008
Hadiah Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 komentar:
salam.. kak izzat.. cerita yang memang menyentuh hati..
kmk ada crita yg lebih kurang sama.. gney kmk mula bukak mata ttg islam...
kdg2 kata2 dari hati yang ikhlas mmg bnr2 akan menyentuh hati kita..
sebab interaksi antara hati dan hati ya lebih utama
bpk kmk pernah pesan :
Roh yang sama fikrah akan saling bersama...
ghee...
salam.. semoga ceria selalu
very2 touching..
Izzat dear.. maca cerpen tok, membuatkan kmk berfikir ttg diri kedirik..
Kalau kesibukan tym belajar tok dgn assignments, clinical posting etc pun kta sikpat handle, entah ginelah tym family klk..
sdgkan dakwah itu wajib..
masa kta study toklah medan utk kta latih diri.. pande bhgi masa..
n sik mengabaikan tuntutan dakwah walopun keja U bertimbun
isk2.. riso mek
thanx!..
Nice story, Alhamdulillah
salam...
my name is Dr Sofwan (the actual)
those characters in your stories are almost similar like mine...
not everyone concern much about Mathurat....
I am married, my wife is a lawyer and currently no children yet
i wish "he" is still out there...
Adil is like Ramzi for me....
salam..kak..
moga jadi iktibar..
em..moga bucu yang kita pegang takkan terlepas dari genggam tangan.
moga rasa hamba yang bersarang takkan hilang..selamanya dijulang.
Aya
InsyaAllah aya.. apa gik padah bapak kitak?
eisya:
Itu baru cerita..ye dak? Keen to make one?
Ayat:
Yes, sure.. kmk pun setuju..
Pemimpin tidak lahir di tgh bilik kuliah, ttp di celah jerih payah,di tgh kesusahan..LOve to read from your blog too =).
Dr Sofwan:
Alhamdulillah..
It was just a story, but glad you to hear there is one Dr sofwan out there. Hope there are a lot more Sofwan out there..
Memang jarang adanya insan yang agak ideal, tapi insan seperti itu masih wujud, bahkan ramai sebenarnya..
Mathurat is very important (to me and supposely every muslim), also stressed by Imam ghazali (give me some time to find the exact supporting text of him).. So let us keep istiqamah with it, by 'inserting' it into our daily timetable, insyaAllah our other activities will also become more organized.
aen_aisyah:
Sebab dari bucu tu la syaitan nak menghasut..
Post a Comment