Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

22 May 2008

Jelajah ke Mesir

Salam alaykum kepada semua.

Dalam entri kali ini, rasanya ingin aku ceritakan serba sedikit perkara menarik sepanjang 2 minggu berada di Mesir. (Kali ni aku mengambil pendekatan cerita pendek.) Tatkala orang sibuk dengan Tun M keluar dari umno, ataupun gempar dengan gempa bumi melanda China baru seminggu yang lalu, mungkin entri ini agak anti-klimaks. Berbalik kepada lawatan tadi, bertarikh pada 19 Mac 2008 – 5 April 2008.

Lawatan kami kali ini atas dasar diwajibkan ke atas semua pelajar batch pertama, iaitu kami yang berjumlahi 29 orang. Bakal memasuki tahun keempat hujung Mei ini. Dianjurkan oleh fakulti, lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kami dengan kehidupan pelajar Malaysia di sana, berkongsi pengalaman dengan mereka, dan merasai sendiri kehidupan masyarakat di sana.

Hari pertama kami singgah di Cairo, sambil mencuci mata, melawat tempat-tempat seperti Piramid, Sphinx, Muzium Firaun, Bazaar Khan Khalili (Husen)dan sebagainya.

Antara perkara menarik semasa berada di Cairo:

1. Dapat jumpa adik. Adikku belum sampai setahun pun berada di Cairo. Namun pertemuan kami membuatkan aku tak memikirkan perkara lain, selain ingin berjumpa lagi dengannya di lain hari sepanjang berada di Mesir.





2. Pertama kali tengok bangunan yang pelik-pelik. Maklumlah pertama kali ke luar negeri.


3. Panas. Panasnya cuaca kat sana. Kami dimaklumkan cuaca jadi begitu panas kerana pertukaran musim. (Musim sejuk ke musim bunga).Akan ada beberapa hari yang sangat panas, kemudian kembali sejuk, dan kemudian suhu akan meningkat sedikit demi sedikit, melonjak ke musim bunga. Kami sedang merasai akhir musim sejuk ketika itu.


Kami kemudian bertolak ke Alexandria (Iskandariah), destinasi sebenar kami. Kami ditempatkan di rumah pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Alex. Pelajar yang mengambil jurusan perubatan di sana.

Antara perkara menarik di Alex:

1. Makanan. Makanan yang dimaksudkan di sini ialah semua makanan arab mesir. Ada yang dikategorikan sebagai sedap, menurut citarasaku, dan ada pula yang kurang sedap. Makanan-makanan yang masih kuingat syawerma, isy bil lahm, firah banih, shishtawook, fatirah, dan lain-lain. Namun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Masakan pelajar Malaysia juga menjadi pilihanku. Nasi kerabu, nasi goreng, masak lemak cili api, mi goreng, ikan goreng masak sambal, pucuk ubi masak lemak(digantikan dengan daun anggur), bubur ayam, dan sebagainya. Paling aku tak dapat lupakan ialah keledek bakar yang dijual tepi taman dekat dengan fakulti. Sedap.

2. Pelajar Malaysia. Pengubat hati kami yang duka lara, setelah dikecewakan pak arab.

3. Shopping dan murah. Kebanyakan pakaian-pakaian yang dijual di Alex mahupun di Cairo adalah murah. Begitu juga dengan sesetengah makanan. Bayangkan roti ish dijual dengan harga rubu’ (25 piasters=25 sen) 4 keping. Sepasang skirt labuh yang agak cantik, boleh didapati dengan harga 30 genih (lebih kurang 20 ringgit lebih). Dan itu pun harga sebelum tawar-menawar. Lupa pula nak nyatakan. Semua perempuan dalam kalangan kami suka bershopping. Paling kurang pun window shopping.

4. Pantai. Pantai di Alex lebih kurang sama dengan di Malaysia, namun ada kelainan dari beberapa aspek.

5. Hujan. Menurut En. Juni (Pemandu Pelancong), hujan turun di mesir hanya beberapa kali setahun. Rasa sagat bertuah kami sempat merasai hujan (rintik-rintik) di sana.

6. Penduduk?. Bahagian ni nak minta kawan-kawan sekelas yang komen

Benda baik yang diperoleh daripada lawatan ke Mesir:

1. Mensyukuri nikmat
2. Terharu dapat tengok sendiri bumi anbiya’.
3. Dapat menjalin ukhwah dengan sahabat-sahabat Malaysia di Mesir
4. Ukhwah sesama kami sendiri semakin rapat
5. Dapat merakam scene indah di Mesir.
6. Rasa diri ni kecil saja di bumi Allah
7. Moga bertambah manis iman di hati



Aku: Iman yang lesu perlulah dihidupkan semula


Mesir dalam kenangan


Dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi seraya berkata: “YaTuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari seksa neraka

Ali Imran 191





Begitulah perbuatan Allah s.w.t yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu.

An Nahl 98

4 komentar:

Anonymous said...

Salam..

waah..besnya gi mesir..

(^_^)

::eisyanissa:: said...

meoww... ade jumpe kcg spinx tak ms tu.. hoho...

Izzati Ishak said...

myfikrah
alhamdulillah, Allah izin tengok dunia orang.

Izzati Ishak said...

eisyanissa
ade, jumpa yang batu mari.(kucing yang diukir daripada batu)..
Nak ke?