Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

13 May 2008

Petikan dari Cafe Akil Hayy


Pokok depan rumah


Ayah ingatkan balik kata-kata Ustaz Akil dari rancangan Cafe Aqil Hayy

"Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan mengejar kita...
Tapi kalau kita kejar dunia, mati yang mengejar kita."

Kebetulan aku baru sahaja menonton di tv, dan ternampaklah amaran: Angin kencang di Laut Cina Selatan, Sabah, Utara Sarawak, Kelantan, Terengganu.

Tup, tup... angin terus saja bertiup kencang kat luar. Maklumlah, rumah kami ni dikategorikan terletak di pesisiran pantai. Dua hari yang lepas, dua batang pokok dekat dengan rumahku dah hilang beberapa dahannya. Dahan yang paling besar..
Kuatnya angin, hatiku berkata.

Ayah pun pesan baca satu doa ni, setiap kali berlakunya bencana seumpama ini.

Macam dah nak kiamat, ayah kata lagi.

Kalau ayah ada kuasa, ayah nak hapuskan tempat-tempat maksiat kat sini, aku dengar ayah cakap lagi.

Dunia ni tak lama lagi dah, ayah mengakhiri perbualan.

Aku: Betul tu ayah. Syukran ayah tolong ingatkan.

2 komentar:

aen_aisyah said...

em..btol.
moga tetap di jalanNYA hingga ke akhir hyat.

Izzati Ishak said...

Seek the help from Him, yeah..