Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

09 August 2012

After 1 year : My delivery experience. The four P's


Alhamdulillah, ini entri pertama setelah menyepi  selama setahun setengah. Selama 1 tahun setengah saya disibukkan dengan final sem, pro exam, housemanship, anak. Sekarang Ahmad Yassin berusia 8 bulan.
Terasa banyak perubahan yang berlaku. Dulu saya banyak bermonolog,kias-kias, rasanya sekarang dah straight to the point. Becoming a doctor and a mother make you more faster, and errm efficient.

Terus ke tujuan asal, saya nak berkongsi pengalaman melahirkan Ahmad Yassin. Yang menambah seri lagi hidup kami berdua- Izzati & Zulhilmey- Yes, your first time delivering your baby would be the most remembering moment in your life.

Saya sedang dalam rotation surgery (posting pertama) semasa mengandungkan Ahmad Yassin. Alhamdulillah, tak mengalami sebarang masalah, Cuma kadang-kadang datang Braxton Hicks semasa bergegas jalan laju atau turun tangga semasa sedang bekerja. Antenatal follow up pun buat di hospital tempat bekerja. Senang sikit. I was diagnosed with GBS(Group B Streptococcus) carrier and suspected SGA baby(Small for gestational age). Tapi Alhamdulillah, Ahmad Yassin membesar dengan cemerlang di dalam rahim. Seronok rasanya ada teman sepanjang bekerja, walaupun tak larat kan Ahmad?

Semasa kandungan mencecah 39 minggu, masih  belum ada tanda-tanda untuk melahirkan, kecuali ada irregular contraction, (which is sooo irregular). Saya pergi antenatal checkup seperti biasa. Kata doktor pakar “Eh, awak tak bersalin lagi?”. Seminggu yang lepas buat ultrasound, AFI (amniotic fluid index atau air ketuban) saya hanya 8. Normal lebih kurang dalam 8-20 untuk usia kandungan seperti saya. Kali ni, doktor yang sama scan, AFI dah 6. Memang sangat kurang. "Baby gerak ok tak?" Ok, jawab saya. 
"Emm, tapi doktor, harini dia start gerak lewat. Selalunya sebelum subuh dah start aktif. Harini dalam pukul 9-10 pagi baru gerak."
“Kalau macam ni, kena masuk ward, induce sebab oligo.”
Kata doktor lagi “Takpe, kita buat CTG satu, mari kita buat VE dulu.” Doktor pun periksa jalan, dah buka sikit 1 cm.

Oligohydramnios-kurang air ketuban
VE: vaginal examination
CTG: cardiotocogram

Mesin carta gerak jantung bayi (CTG)

Berbalik pada kisah tadi, saya pun terus menelefon suami yang sedang berada di seberang laut China Selatan. Dan juga keluarga di Miri. Mengkhabarkan yang saya akan masuk wad dan di’paksa’ bersalin.
Saya dibenarkan balik ke rumah dahulu untuk mengambil barang keperluan bersalin. Sebenarnya semuanya sudah disediakan di dalam but kereta, tetapi tetap nak balik rumah dulu. Biasalah, jiwa belum bersedia.
Malam itu jugak sang suami yang budiman tiba di Kuala Lumpur. Itupun setelah berulang alik ke dua buah airport di Kota Kinabalu untuk mendapatkan waiting list. Saya pasti sebak dan terharu bila teringatkan babak-babak air mata tersebut.
Akhirnya prostin x1 dimasukkan di belakang pintu Rahim (betul ke terjemahan untuk posterior fornix ni?) pada pukul 6 am 22 November 2011. Sebenarnya saya belum sempat lagi solat subuh ketika itu. Almaklumlah belum buat rotation O&G, bila staff nurse panggil pergi bilik procedure pukul 5.30 pagi, saya pun cuak ditambah tak berapa arif perihal masuk prostin ni, maka saya pun antara yang terawal kerana excited ke bilik prosedur. Rupa-rupanya selepas masuk prostin, kena rest in bed for 1 hour. Jadi saya pun Subuh agak terlewat. Apapun tetap kena solat jugak, selagi belum bersalin kan? Next IOL (induction of labour) review ialah pada pukul 12 tengah hari. Sejurus selepas dimasukkan prostin jam 6 pagi, saya merasakan sakit contraction hanya pada 1 pertama, kemudian kesakitan sudah berkurangan, seolah-olah berhenti. Rupa-rupanya semasa IOL review 12 tengah hari hari itu, doktor yang memeriksa bukaan pangkal rahim mendapati prostin (dalam bentuk pil tablet) yang dimasukkan masih belum mencair,maksudnya belum meresap. Doktor pun mengeluarkan prostin tersebut, dan memasukkan prostin yang baru. “Yang tadi tu kita tak kira lah ye Izzati. Yang baru saya masukkan ni kira yang pertama.”

Dalam pukul 5 petang, saya merasakan sakit dah semakin kerap. 5 contractions in 10 minute. Biar betul, takkan overstimulation kot? Tapi bila student nurse buat time contraction’ hanya dapat  4 contractions felt  in 10 minute. Sebelum tu saya dah memperbanyakkan berjalan-jalan tawaf keliling satu ward. Suami pun turut menemani saya berjalan-jalan di taman di luar wad-sambil  saya menggenggam kuat tangannya ketika sakit kuat datang.  Pukul 6 petang rakan houseman buat VE lagi, os dah 3 cm, membrane bulging. katanya. Memandangkan labour room agak tidak fullhouse petang itu, saya dihantar turun ke labour room pada pukul 7.15pm. Tetapi sedihnyasang suami ketika itu sedang berada di luar hospital. Ummi pun menelefon suami  “Izzati dah masuk labour room.” Suami saya pun bergegas datang-nervous la katakan kelahiran anak pertama. Dalam labour room,  suami bertanya, “Sayang dah solat Maghrib ke?” Baru teringat yang saya hanya sempat solat asar tadi sebelum ke labour room. Jam sekarang sudah masuk 8.30 malam. "Abang tolong ambilkan wudhuk ye. Solat maghrib dulu." Pada masa itu hanya Allah sahaja yang tahu sakit contraction yang dirasakan. Saya solat maghrib di atas katil di labour room, dalam keadaan berbaring menahan sakit.
Saya sendiri berasa pelik, setelah buat rotation obstetrics, sebahagian ibu bersalin tidaklah kelihatan sakit seperti saya. Rupa-rupanya kesakitan wanita bersalin ini tidak sama, bergantung kepada rezeki masing-masing. Ketika medical student, saya belajar The four  P’s. Ada empat perkara bemula abjad ‘P’ yang menyumbang kepada proses bersalin. Power, passenger, passage, psychological. Power bermaksud contraction. Contraction datangnya daripada kekuatan si ibu meneran, ataupun kekuatan contraction rahim-dipengaruhi medical induction seperti pitocin augmentation di wad bersalin. Passenger bermaksud bayi-sama ada saiz, kedudukan/posisi kepala, etc. Passage bermasud laluan bayi untuk keluar atau fizikal anatomi pada ibu seperti bentuk dan saiz tulang pelvis,  laluan saluran peranakan. Psychology, bermaksud datang daripada psikologi dalaman ibu sendiri untuk menghadapi proses bersalin. Bayi bersaiz kecil mana pun jika berputus asa untuk meneran, mungkin susah untuk keluar. Contraction yang saya alami sangat kuat-mungkin kerana induce. Bersyukur asbab contraction yang kuat itulah yang mempercepatkan proses bersalin. Gas penahan sakit (Entonox) yang diberikan habis saya sedut seperti tak cukup nafas.Teringat lagi pakar yang buat round di bilik bersalin berkata kepada housemannya. “Tengoklah dia ni, dah macam menggelepar kesakitan dah, kena lah bagi nubain (ubat injection penahan sakit)."
Alhamdulillah, berbekalkan pengetahuan itu, dan semangat yang dikutip daripada ibu-ibu yang pernah melahirkan, serta pengalaman melihat ibu bersalin semasa medical student, dan yang paling penting, rahmat serta pertolongan Allah, proses melahirkan Ahmad mudah.  Doktor memecahkan air ketuban pada pukul 8 malam, dengan bukaan os 3 cm.
Dua jam kemudian, pada pukul 10.15 malam bukaan jalan sudah pun penuh, 10 cm. Saya sudah dibenarkan meneran.

Sebenarnya beberapa perkara berlaku sebelum  itu, seperti CTG  'tak cantik' dan poor contact, dengan bukaan yang hanya 7 cm tetapi sakit sangat kuat seperti hendak tercabut nyawa. Pendek cerita, nurse suruh saya teran sekali, naik bukaan 8 cm, teran lagi sikit, alhamdulillah tak semena-mena dengan izin Allah naik 10cm. Akhirnya saya pun dibenarkan meneran betul-betul. Saya teringat lagi seorang kawan houseman pernah berpesan, “Nanti kalau bersalin, tarik nafas dalam-dalam, lepas tu teran dekat bawah. Teran tu bukan saja kena kuat, tapi panjang."
Dan betul kata Izaidah adik saya, tiada rasa sakit semasa digunting episiotomy, dek kerana sakit bersalin yang lagi dahsyat.  Dalam masa 20 minit, Ahmad Yassin pun keluar dengan lancar.
Subhanallah, tak dapat digambarkan ketika melihat insan kecil yang sempurna-diletakkan di dada ibunya, untuk skin to skin contact. Nurse berbangsa India ketika itu menyuruh suami saya mengazankan bayi di yang berada di atas perut. Encik, boleh azan sekarang ye, katanya.


Alhamdulillah apgar score untuk Ahmad 9/10.Ahmad menangis meraung kuat, petanda yang bagus, paru-parunya yang dulunya basah dengan air berkembang untuk dimasuki oksigen.
Yang membidankan saya bersalin ketika itu ialah Dr Aidura Eizwani, saya berkenalan dengannya pun setelah bersalin ketika dia sedang menjahit luka episiotomy. Alhamdulillah, Allah permudahkan juga, menganugerahkan seorang wanita untuk menyambut kelahiran Ahmad. Katanya “For a primid like you, your pushing technique is not bad”. Dia memuji saya pandai meneran walaupun pertama kali melahirkan.

For the four 'P's...


Passenger: Alhamdulillah Ahmad tak begitu besar, tak juga kecil sangat. Berat lahirnya 2.72 kg
Power: Sakit contraction saya sangat kuat, dan dianugerahkan kekuatan dan upaya untuk meneran
Passage: Pintu Rahim pun buka seiring dengan contraction, dan saya tiada apa-apa masalah seperti  rangka pelvis kecil,etc
Psychological: Syukur saya masih kuat semangat
Dan saya juga ingin menambah lagi satu 'P' yang paling utama, iaitu Pencipta. Iaitu Allah subhanahu wataala. Kepada siapalah lagi kalau bukan kepadanya kita meminta. Dengan nyawa ibu bersalin seperti telur di hujung tanduk- post partum haemorrhage end up with hysterectomy even worse maternal death, pulmonary embolism, eclampsia dan sebagainya-tetapi kita selamat?. Siapa lagi kalau bukan PENCIPTA yang maha Memelihara kita. Say Alhamdulillah everyone, you safey delivered.
Hilang rasa semua sakit dan derita setelah melihat bayi yang dikandung selama ini keluar sihat dan menangis.
Pengalaman yang sangat manis dan bergula. Semoga Ahmad Yassin Nasrullah menjadi insan bertaqwa, dan taqwanya menyuburi bumi. Amin.
 

0 komentar: