Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

24 January 2011

Kerana kasih




رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ



Ya Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah engkau (baitullah) yang dihormati, ya tuhan (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

Ibrahim : 37

Sungguh Hajar itu meredhakan Ibrahim pulang
Ibrahim meredhakan Hajar dan Ismail yang semakin sayup dari pandangan
Atas nama cinta kepada Pencipta mereka.




Memang terasa jauh
Memang terasa lama
Memang terasa sempit
Memang terasa sesak

Tapi Ya Allah

Kau pulangkan rasa jauh itu dengan ganti rasa dekat padaMu
Kau lenyapkan rasa lama itu dengan perlumbaan mencari redhaMu
Kau sirnakan rasa sempit itu dengan keluasan segenap nikmatMu
Kau punahkan rasa sesak itu dengan ketenangan mengingatiMu.

Mudah-mudahan hambaMu ini sabar mengadu dalam solatnya kepada MU, dikasihi manusia sekelilingnya, dipermudah rezeki kepadanya dan diberi peluang bersyukur pada penciptanya.

Walau jauh di mata, di hati tetap merasa manis.

"Alhubb Huna"
Love is always around

Allah pasti ada untuk menjaga!

1 komentar:

nuarasheeq said...

sabar izat. x lama pun. 1 hari menunggu kerana Allah same dengan 1000 hari akhirat besuka ria dengan nikmat Allah di sana. :)