“Jangan mandi lama sangat, nanti kulit kamu cepat kering. Bila terlalu kering,
kulit akan jadi lebih sensitif.”
Nasihat pakar kulit kepada pesakitnya.
Saya juga pernah tersilap memahami, bahawa air boleh melembapkan kulit. Sebenarnya air yang terkena pada kulit terlalu lama contohnya akibat mandi atau membasuh terlalu lama akan menyebabkan kandungan air semulajadi dalam kulit meruap keluar. Dan membawa keluar bersamanya pelembab semulajadi kulit, sejenis minyak dipanggil natural mosturising factor.
Kesannya kulit menjadi semakin kering. Kulit kita sebenarnya mengandungi pelembab semulajadinya sendiri. Perhatian penting untuk mereka yang punya kulit sensitif seperti eczema (skin allergy).
Begitu juga dengan penggunaan sabun yang terlalu ‘kuat’ seperti Dettol, Protex, Lifebuoy, (segala macam sabun antibakteria), etc yang kita sangkakan boleh menyahkuman secara extra dan mengurangkan gatal-gatal alahan kulit. Tetapi sebenarnya kulit akan menjadi bertambah kering dan lebih sensitif. Boleh menyebabkan eczema bertambah teruk (flare up). Mandian yang disyorkan untuk mereka yang berkulit sensitif ialah sabun berPH 5.5 atau mandian bayi. Yang tidak mempunyai unsur ‘sabun’ (non soap cleanser). Ataupun carilah mandian yang mempunyai kandungan pelembab (moisturiser) seperti Dove, etc. Sebaiknya jangan amalkan memakai produk sabun atau kosmetik yang mengandungi wangian (fragrance), kerana mungkin anda juga alah dengan bahan tersebut.
Bahkan sesetengah pesakit langsung tidak menggunakan sabun ketika mandi kerana eczema yang sangat teruk. Hanya melumurkan aqueous cream seluruh badan dan kemudian membilasnya.
“In fact for severe eczema there is patient who is taking antihistamine
everyday for the whole life. Setiap hari gatal."
Disyorkan juga penggunaan pelembab selepas mandi yang mempunyai humectant(glycerin,etc) atau emollient (petroleum jelly, sunflower oil).
Sangat penting bagi mereka yang punya alahan ini untuk mengenalpasti dan mengeksperimen sendiri punca-punca yang mendatangkan alahan contohnya sesetengah makanan, habuk, bulu kucing, hama, produk sabun atau kosmetik dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari mendekati allergen tersebut.
Kumbang ke? House dust mite lah. ~Hama
My hair could be one of the allergen- Kitty
Jangan bersedih dengan kulit anda, walaupun maintenance agak mahal, penyakit ini adalah anugerah. Yang merasai lebih mengetahui dan memahami. Dan ramai sebenarnya yang mempunyai masalah eczema ini tetapi tidak mengetahuinya.
Atopic Eczema-Allergic Rhinitis-Bronchial Asthma-Allergic Conjuctivitis (Rangkaian atopic disease yang anda mungkin menghidap salah satu atau lebih daripadanya sekiranya ahli keluarga anda mempunyai salah satu daripadanya)~Eh, faham ke?
Contohnya jika adik anda penghidap asthma, dan anda mempunyai masalah alahan kulit, sangat berkemungkinan besar diagnosis masalah kulit anda ialah Atopic Eczema.
Cuaca yang panas sekarang pun sangat menguji kesabaran kita semua, semuanya terasa kering, kering kulit, perit tekak. Lebihkan minum air. Jika perlu pelembab gunakan pelembab. Sesetengah kawasan yang berjerebu, sememangnya amat mencabar bagi pesakit asma, COPD (Chronic obstructive Pulmonary Disease), dan juga penghidap masalah kulit eczema.
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku” Asy-Syuara’ : 80
Yang menyembuhkan itu kerja Allah. Kita berikhtiar ye.
9 komentar:
Salam'alayk...
Doc, nk tny sket....
"Atopic Eczema-Allergic Rhinitis-Bronchial Asthma-Allergic Conjuctivitis"
1. Kite boleh kene skaligus ke keempat2 disease tu? Stkt ni Doc pkr kt Johor kate, ana ade Bronchial Asthma and Allergeic Dermatitis... Sama ke?
2. Bende ni ade ubat die ke? Atau mmg caranya cuma satu je... Jauhkan diri dr alahan...?
p/s-saja nk tny.... Lgpn FREE kn.
Syukran Doc.
Waalaikumsalam myikhwanfiideen. Maaf 'doc' pun budak baru belajar. Share mana yang mampu la ye.
1. Ye, boleh kena keempat-empat sekaligus. Bukanlah disease@penyakit. Lebih kepada condition(keadaan). Atopy ialah keadaan/reaction yang menterjemahkan secara umum keempat-empat keadaan yang saya sebutkan tuh.. Semuanya bersandarkan proses yang sama, iaitu hypersensitivity(maksud kepada atopy) =kecenderungan untuk terlebih alah kepada sesetengah bahan/allergen.
Sistem imun memberikan reaksi hypersensitivity dan dimanifestasikan menjadi sama ada
-asthma(semput)
-allergic rhinitis(resdung)
-allergic conjuctivitis(mata gatal,merah,berair
-allergic dermatitis/eczema(alahan kulit)
....depends on several factors.. Such as genetic, amount of exposure, etc.
[Bronchial asthma+Allergic dermatitis.]
~Allergic dermatitis ni nama lain bagi eczema. Jadi samalah. Keadaan saudara Zul inilah yang dipanggil atopy.
2. There is no 'cure' for atopy. It is there, living with you. But it can be controlled. Depends on severity. Seperti asthma. Kita ada asthma, tapi bukan setiap masa kita diserang asthma.
Sama jugak dengan yang lain..(Atopic Eczema-Allergic Rhinitis-Allergic Conjuctivitis)
~Jauhkan diri daripada allergen tu (ini ialah prophylaxis/prevention of attack)
~Treatment: Kalau berlaku serangan eczema,biasanya doktor bagi krim sapu steroid, antihistamines. Untuk yang teruk, ada doktor bagi ubat pil steroid. Yang penting kita harus avoid scratching(menggaru/mencalarkan/menggosok).
Semua ubat-ubatan ni hanya bertujuan mengurangkan reaksi alahan je. (Kurangkan gatal, merah, dan lain-lain).
[Basically macam ni lah. Eczema itself is a big topic, the steps and guideline to treat is differ bergantung kepada severity, dan lain-lain..]
~Penjagaan kulit ialah seperti yang saya mention serba sikit dalam post ni.
~Yakin sakit atau sembuh datang daripada Allah. Kenapa allergic reaction ni penting? Salah 1 hikmahnya mungkin ada certain benda berbahaya kepada kita,jadi tubuh badan memberikan 'reaksi' tandanya kita harus berjaga-jaga dengan allergen/bahan tersebut.
Harap membantu
salam doktor...
sye ade masalah alahan pada mknan dan sabun...
alhamdulillah alahan mknan sye telah berkurangan tetapi alahan pada sabun sye makin teruk..
tapak tangan sye rosak akibat selalu terdedah pada sabun.ini mmbuatkan tngn sye sntiasa kering dan regang kulitnya..kadang2 ia mnyebabkan kulit sye luka kerana terlalu kering..
apakah yg sye patut buat ? ade ke ubat atau produk lain yg bole digunakan utk mngurangkan kulit yg rosak pada tpak tngan sye ni ?
kulit jari kaki sye juga kering dan mnyebabkan luka yg pedih...
sye harap doktor dpt bagi pndangan n' nasihat
syukran ya doktor...
Waalaikumsalam frhwniruslan.
Saya belum jadi doktor lagi.
Saya cuba jelaskan mana yang boleh ye.
Untuk kulit yang kering dan luka tu..
AVOID
Kena elak daripada sabun yang berkenaan. Sabun cuci pinggan/baju atau sabun mandi? Kalau sangat serius kesannya pada tangan, saya nasihatkan saudari pakai glove semasa mencuci pinggan/baju. Kalau tak dapat pakai glove pun, elakkan kontek terlalu lama dengan sabun tu.
Kalaulah allergic tu pada sabun mandi, saya sarankan saudari tukar kepada sabun untuk bayi...terutamanya yang ada pelembab.. Contohnya johnson. Tapi jenama johnson ni kita boikot, jadi boleh amik alternatif produk bayi lain. Dove pun ok.
JANGAN GARU
Tentang nak merawat tangan yang kering tu, kalau boleh JANGAN garu. Mungkin boleh ambil pil anti-gatal (antihistamine) yang tak mengantuk. Contoh Loratadine, ada kat farmasi. Yang mengantuk, macam piriton, mungkin ambil sebelum tidur.
Cara lain hilangkan gatal ialah sapu steroid cream, bleh beli di farmasi, hydrocotisone cream. Yang sesuai untuk kulit.
Sesetengah doktor bagi calamine lotion (lotion cair warna putih atau pink) untuk bagi cooling effect.
KELEMBAPAN kulit. Boleh atasi dengan sapu cream. Biasanya pakar kulit akan bekalkan aqueous cream. Pun bleh cari kat farmasi, atau klinik. Tujuan dia untuk memberi kelembapan je, tp memang sangat berkesan kalau kita berdisiplin guna. Kalau tiada aqueous cream, bolehlah saudari gantikan dengan cream atau losyen yang khusus untuk merawat kulit kering. E.g Vaseline atau Rosken. Rajin-rajinlah sapu losyen.
Penting kata kunci ni..
1. AVOID allergen (sabun)
2. JANGAN GARU. Biarkan je walau gatal macam mana pun. Atau ambil/sapu ubat tahan gatal.
3. MOISTURISE
Jangan lupa niatkan kerana Allah ye.. Selamat mencuba.
info ni sgt berguna.saya mengidap penyakit ni dah lama .bila mkn ubt sapu cream- sembuh.bila tak pntg mkn jadi balik.bebaru ni doktor kasi ubat spt yg dr izzati syorkan. moga2 sembuh kot.Saya minta share artikel ni utk blog saya ,bagi kebaikan ummah gak.moga cik dirahmati dan diberkati Allah.amin
Salam doktor....
Ank sy skg kulit dia naik eczema. Dia pun da asma. Umur dia 3 thn 4 bln...sblom ni eczema dia naik kt perut je, skg ni byk tmpt yg naik.. Kt perut, bwh ketiak, seluruh tgn, n kt peha.. Sy dh 2x pegi klinik kerajaan dan sekali pergi klinik swasta tp sumer ubt yg dorg bg xde kesan pun... Dah 3mgu kulit dia xbaik2 pun...cian sy tgk die asyik tergaru2...sampaikan bila sy pegang bawah ketiak dia, dia kata sakit...mungkin dia terasa pedih... Mcmn ni doktor? Sy dh xto nk watpe skg....tolong la sy....
assalamualaikum,
terima kasih atas info bermanfaat. sedang mengalami masalah gatal2 kulit.
assalamualaikum kak , saya berumur 21 tahun dan mempunyai gatal gatal dan dikhuatiri itu adalah eczema . setiap hari gatal hingga kulit jadi rosak di beberapa bahagian badan :'( tapi saya tak tau punca . alahan pun tade , asthma pun tade . adakah wajar dewasa remaja seperti saya yang tiada alahan dan asthma untuk menghidap penyakit eczema ?
assalamualaikum kak , saya berumur 21 tahun dan mempunyai gatal gatal dan dikhuatiri itu adalah eczema . setiap hari gatal hingga kulit jadi rosak di beberapa bahagian badan :'( tapi saya tak tau punca . alahan pun tade , asthma pun tade . adakah wajar dewasa remaja seperti saya yang tiada alahan dan asthma untuk menghidap penyakit eczema ?
Post a Comment