Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

20 August 2009

Saya tak mahu kerja dengan dia

Hari kedua dipostingkan ke wad psikiatri.

Kes 1

Pesakit psikiatri kebanyakannya bijak-bijak. Mereka tahu memanipulasikan kita jika kita terleka. Saya pun telah ditawarkan untuk bekerja dengan Syiha (bukan nama sebenar). Makan dan tempat tinggal disediakan. Hebat tawaran tu. Asalnya dia meminta duit.

Cepat-cepat saya menjawab, “Alamak takde duitla.”

“Tipula, doktor mana takde duit. “ Bijak sungguh. Mereka laksana kanak-kanak bijak yang tak bisa dikelentong.

“Ala, kak, saya belajar lagi.”

“Kesian ko ye, elaun sikit ye. Jom la kerja dengan akak. Kat uptown. Ko muda lagi, kena kerja siang malam cari duit.” Muncung mulutnya kasihankan saya.

Terkulat-kulat saya mengelak.

Begitulah pesakit schizophrenia, bipolar maniac disorder. Bila datang sakit mereka, kita pun tak larat nak layan. Ini belum kes handphone kita diorang mintak.

Kes 2

Ana (bukan nama sebenar) membelek-belek pakaian saya..“Kau ni luar pakai macam ni.. tapi dalam, hati ko tak bersih.”

Aih, macam mana dia tau?...Hati saya berbisik.

“Yelah, memang kot hati saya tak bersih. Zaman sekarang bukan senang kan, nak cari yang hati betul-betul bersih.” Selamba saya menjawab. Saya setuju, hati saya bukanlah benar-benar bersih.

“Orang macam ko ni la. Ramai orang susah kat luar tu, tapi ko tak tolong pun.” Bising mulutnya mengomel. Tangan pun boleh tahan digoyang-goyangkan, lagak seorang bos memarahi pekerja.

Berpeluh saya fikir nak jawab apa. Rupa-rupanya dia maksudkan begitu kerana saya enggan memberinya seringgit.

Kadang-kadang semasa hendak keluar dari wad, ada yang mengekori kami dari belakang. Cuba-cuba melarikan diri dari pintu yang berkunci automatik. Tapi kami cepat sedar. Sesetengah yang lebih bijak menghantar kami ke muka pintu.

“Terima kasih ye dik, datang lagi. Thank you. Assalamualaikum!”

Itupun kami cepat-cepat sedar dan bersedia. Manalah tahu ada yang sempat keluar.


Realitinya, punca Skizofrenia masih tidak dikenal pasti. Ada kaitannya dengan keturunan/genetic. Tetapi jangan risau, bukanlah bermaksud anak-anak akan mendapat skizofrenia sekiranya si ibu atau bapa mempunyainya.

Sepertimana diabetes dan hipertensi (darah tinggi), faktor keturunan memainkan peranan, tetapi faktor luaran juga memainkan peranan. Rokok, diet, cara hidup, aktiviti seharian, dan sebagainya.

Maka begitu juga dengan skizofrenia, faktor seperti masalah-masalah kehidupan, trauma yang teruk, tekanan yang menjadi faktor risiko terjadinya skizofrenia.

Satu daripada seratus orang menghidap skizofrenia. Quite common, isn’t it?

Berita baik, penyakit ini boleh dikawal dengan ubat-ubatan. Ubat-ubatan inilah yang menghilangkan halusinasi, delusi, tekanan, psychosis. Dengan izin Allah. Mereka boleh melangsungkan kehidupan seperti biasa, dengan lebih, lebih baik. Dan agak meruntunkan hati apabila, pesakit Schizo, atau bipolar mengadu pada doktor (semasa sesi klinik)...

“Diorang cakap saya gila”

“Orang selalu gelak-gelak bila tengok saya”.

Skeptikal inilah yang ada pada kita satu masa dahulu, dan sekarang. Pesakit psikiatri ialah orang gila!

Jangan jangan jangan sekali. Sedangkan sokongan masyarakat sekelilinglah yang sebenarnya membantu proses pemulihan mereka. Jika tidak, satu hari nanti mereka mungkin dihantar ke Tanjung Rambutan atau Tampoi setelah penyakit bertambah kronik.

Setakat ini belum pernah menemubual pesakit lelaki. Pesakit lelaki lagi banyak cabarannya. Makanya saya sedang mengumpulkan kekuatan dan pengetahuan. Targetnya isnin ini.

Tips saya kali ini bersempena dengan Rotation Psychiatry.

Untuk mengelakkan diri dari cepat stres, tertekan, nyanyuk, tiada tujuan/matlamat hidup, jinak-jinakkan diri bergaul dan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, atau berpersatuan. Hidup dan bekerja secara berjamaah terbukti mampu menjauhkan kita daripada masalah psikiatri. Dengan izin Allah.

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.”

Ash-Shu’ara’:80

..Ingat ni..

6 komentar:

herfiana said...

kuatnya cabaran...posting ni ...akak yang senduri pilih ke?

myikhwanfiideen said...

Salam Ramadahan,,

Ish.. Takutnya nk jadi Dr.. Kalau nk juga sekalipun, stkt Dr Veterinar boleh kot. :)

p/s-Insya Allah.. Semuanya pasti ada ganjaran di sisi Allah.

amru said...

belum clerk patient lg haha
cume dpt tgk dr aaron clerk new case je

Sop said...

ko x nak keje dgn sape?

Izzati Ishak said...

>>Herfiana
posting ni wajib adik Epy. kat sini 8 minggu. Epy pun akan masuk posting yang sama clinical year nanti

>>myihkwanfiideen

Janganla takut pulak. Takdelah semua patient macamtu. Ada je yang ok. Yang tadi tu bila datang maniac je.

Ye, inshaAllah ada ganjarannya.

Ramadhan mubarak.

>>Amru
Ada jugak dgr korang 3 org tak clerk lagi. Selamat men'clerk' la minggu depan.

>>Sop
Aku taknak kerje uptown dengan akak tu.
"Flight of ideas"~ maybe that explain why she came with so many plan masa borak tu.

Pada semua, RAMADHAN KAREEM

SyukraNs said...

Dr Izzati..

"Syukrani ni gila-gila orangnya"...

harap2 tak sama dengan "Kamu orang gila.."

Apa cerita ktk? Ada yang perlu dilangsai..kelab remaja amal...