Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

05 May 2009

Antara ADAB dan PERATURAN

Bersempena dengan Posting Paediatrics yang akan bermula tak lama lagi, dan juga posting-posting seterusnya. Entri ini khusus untuk kawan-kawan sepengajian saya, kepada yang lain, silakan membaca perkongsian ini.

*******
Sememangnya tiada peraturan ditetapkan dalam posting-posting kita untuk tahun klinikal ini. Tetapi janganlah kita lupa, walaupun tiada peraturan, masih ada Adab kesopanan yang melingkari kita. Antaranya, saya cuba kongsikan.

Pensyarah, Ilmu, etc.
Saya faham disebabkan jarak hostel yang dekat, kita cenderung untuk sampai ke kelas tepat pada minitnya. . Tetapi mungkin terlajak sampai sehingga 10 minit lewat. Apabila ada kelas awal pagi, saya menyeru kepada diri sendiri dan anda semua, marilah kita cuba untuk sampai lebih awal daripada Pensyarah. Ini soal adab kita terhadap guru, dan ilmu.

Apabila berurusan dengan Pensyarah, rendahkan suara, tapi perjelaskan butiran perkataan. Itulah tuntutan berkomunikasi dengan guru. Apabila menjawab soalan atau menyelesaikan masalah perlulah lebih berkeyakinan.

Selalu juga apabila menanyakan pensyarah tentang kelas esoknya, seboleh-bolehnya elakkan nada atau penggunaan perkataan yang mendesak, tak sabar dan sebagainya. Kita cuba seboleh-bolehnya letakkan tempat kita di tempat Pensyarah tersebut sebelum menelefon dan sebagainya.
Kadang-kadang mereka mungkin sedang berehat, bersama keluarga, sedang bekerja. Hormati hak kehidupan mereka.

Mungkin boleh tanya dengan cara ini,
“Prof, are you free now? If U free now, can I call you, cause I need to ask something about my case presentation tomorrow.”
(maaf, ni ayat contoh je.)

Begitu juga apabila berurusan dengan pakcik atau abang drebar, janganlah bernada memaksa dan tidak sabar meminta kita diambil tepat pada masanya.

Pesakit
Di dalam wad pula, apabila kita diminta tidak mengganggu pesakit yang agak tidak seimbang kesihatan emosi dan rohaninya, patuhilah arahan itu. Apabila kita diminta untuk tidak beramai-ramai berkumpul dalam satu kubikel, atau satu bilik, permintaan itu sememangnya bermaksud sebegitu. Mungkin dari sudut lain kalau mematuhi, kita akan dilihat sebagai mematuhi arahan, budak baik, dan tak dianggap tamak dalam belajar (ada jugak istilah tamak dalam belajar). Tapi ingatlah sebenarnya kita sebenarnya diminta untuk beradab.
Letakkan diri kita di tempat pesakit, dah pasti kita tak suka dilihat oleh segerombolan manusia yang ramai. Dan tidak suka dipegang dan disentuh oleh ramai orang. Dan tidak suka disoal bermacam-macam soalan berulang-ulang kali.

Saya teringat lagi datuk saya yang telah pun meninggalkan kami 4 tahun yang lalu. Ketika sakit di hospital. Dia mengadu kepada mak dan pakcik makcik saya bahawa apabila abdomennya telah dipegang-pegang, ditekan-tekan, dan diketuk-ketuk berulang kali oleh para pelajar perubatan, dia berasa sangat sakit. Setelah di'sakiti', ditanya banyak soalan pula.
Saya faham, betapa kita cuba untuk palpate dan percuss, ambil sejarah penyakit, tetapi Atuk saya sedang dalam kesakitan. Bayangkan kesakitan yang dia sedang hadapi kerana berada di peringkat ketiga (saya agak-agak) Cancer head of pancreas. (Dia meninggalkan kami sebulan selepas itu.)
Berpada-padalah dalam keghairahan semangat kita mencari ilmu. Sekali pesakit kelihatan dalam kesakitan ataupun mengadu sakit, maka berhentilah. Mengetahui bila masanya patut dipegang atau diketuk dan bila masanya untuk berhenti pun adalah ilmu.

Rakan sepengajian
Dan adab dengan sahabat satu pengajian. Banyak. Rasanya tak perlulah saya sebutkan satu-satu. Biarlah siapa pun kita di luar, baik atau jahat, bila soal bercakap, berurusan dengan kawan, janganlah lupakan adab. Adab itu tuntutan, dan bukan peraturan posting, kumpulan dan sebagainya.

Saya memuji sikap rakan-rakan sekelas yang masih mengekalkan adab apabila bercakap dengan yang lain. Tidak kiralah siapapun atau bagaimanapun mereka di luar, itu cerita lain. Apabila diminta pertolongan, mereka hulurkan pertolongan. Adab perempuan dengan lelaki, perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki. Hormatilah sahabat anda walau siapapun dia. Kalau kita mampu beradab dengan jiran sebelah rumah, ataupun pekedai runcit, dan tok imam, begitulah juga kita beradab dengan sahabat kita.

Ingatlah, adab ni mencerminkan tamadun kita sebagai manusia. Apa gunanya berilmu jika tidak beradab.

Fikirkan kembali sekiranya kita ini jenis yang bermasam muka atau tidak puas hati dengan rakan yang rezekinya murah (markah presentation, bilangan kes, dipuji pensyarah).

“Kau harap kat pronunciation sedap je, tu pasal dapat 8”.
nota kaki: (markah penuh ialah 10)

Sebabnya bila tiba rezeki kita yang murah, kita juga mempertahankan itu adalah atas usaha dan rezeki baik kita. Tidak sebab pronounciation sedap, bias gender, atau sebagainya.
“Aku memang dah banyak kali dapat kes pneumonia ni, kire soalan bocor je la. Sebab tu dapat 9.”

Ini juga pesanan dari saya sebagai manusia kepada semua yang bergelar manusia; “Hati yang bahagia ialah hati yang berbahagia dengan kebahagiaan orang lain.”

******
Tujuan saya menyebut hal-hal ini ialah kerana saya sendiri pun sedang belajar dan menyesuaikan diri dengan hal berkaitan adab ini. Dan anda semua kawan-kawan saya pun sedang belajar. Kita semua manusia biasa yang tak lekang dari kesilapan. Maklumlah, saya selalu terlupa bahawa saya seorang penuntut ilmu bukan sahaja daripada pensyarah, malah daripada pesakit, daripada staf perubatan. Dan kita juaga merupakan seorang sahabat kepada rakan kita. Sekiranya ada yang menegur terlalu ramai student dalam labor room, dalam kubikel, ED, saya berpendapat di situlah silapnya saya atau kita. Bahawa kita kurang arif tentang adab. Atau lupakan hal itu kerana hal-hal lain lebih dikejar. Kita fikir tentang perkara ni.

Sememangnya tiada peraturan yang ditetapkan. Sahabat kita tidak minta pun kita beradab kepada mereka. Tetapi adab itu tuntutan. Marilah kita menjadi insan yang beradab dahulu. Tentang adab orang lain terhadap kita, itu nombor dua.

Yang berkata ini bukanlah yang terbaik, tetapi anggaplah ini sebagai perkongsian dan pesanan ikhlas dari saya. Maafkan saya kerana saya tak punya Quotes yang sedap-sedap dan tak pandai berbahasa yang canggih-canggih. Saya berdoa entri dijauhkan dari kepentingan diri dan emosi saya. Maaf andai tersilap memilih kata. Kefahaman anda sangatlah dihargai.

Wallahua’lam.

4 komentar:

mokchique said...

haih, lame snggoh nak tunggu entri baru izat neh...adehhH~

When it comes to ethics, some people tend to either follow what they perceive as ethical, or confine to cultural norms.....social desirability effect, we would say.

what I think in this matter, kita sama-sama cuba berfikiran positif dan bersangka baik. Kita x tahu apa masalah dan situasi yang seseorang hadapi, sehingga memaksa orang itu mengambil inisiatif yang KITA pandang sebagai tidak sebegitu..uhh...beretika, dan explanataion yang diberi cuma dipandang sebagai lame excuses. Padahal, there's so much more to it.

Contoh nya, bila ade orang yang dapat kumpul deliveries x cukup, and ade yang dah penuhi requirement a week earlier, jangan lah dok wat judgement yang mereka itu malas dan sbg nya....At least, aku percaya yang there are efforts poured in, and ada etikanya di kalangan kawan-kawan kita....

I know I did that, n i sincerely apologize. Kita semua manusia biasa, bukan? hehe

Izzati Ishak said...

Of course manusia biasa. Me, I did that all. All the mistakes. You guys are better than me. That's why mentioning them here because there was sumbody (and many bodies, hiii) told me bout that. Sebenarnya nak ingatkan diri sendiri.

~Tak sangka pulak drebar van kita pun sensitip.

Dan tabik spring kat korang lam klinical. And to you too. Rasa inferior je.

Rasenye most of us finish the deliveries. But me didnt. Kiranya hutang lagi 3 deliveries. Posting depan kena bayar la.

Thanks for the sharing. True, its important not to jugde people sesuka hati. Saya bersetuju. Bersangka baiklah dengan kawan-kawan. Itu serendah-rendah ukhwah. Kalau tak bersangka baik jugak mana lagi nilai berkawan tu. Pray me I could compensate the deliveries, dan bersangka baik terhadap semua. Dan berharap jugak yang lain pun bersangka baik kat kita.

aw3rz said...

panjang nye entri dan komen. camne aku nak bace ni.

Izzati Ishak said...

Senang je, takyah bace.Hi