Saya telah beberapa jam tiba di hometown saya. Jangan ditanya kegembiraan saya bertemu mereka yang tersayang di rumah. Pagi tadi, semasa sedang layu menunggu di boarding gate sebelum flight berlepas, sempat bertegur sapa dengan seorang kakak yang sangat suka senyum.
(Ting ting ting...Bagi penumpang yang memegang no tempat duduk dua puluh ... sehingga no tiga puluh..... anda boleh bergerak ke pintu berlepas sekarang. Bagi penumpang lain akan dipanggil sebentar lagi.)
Akak tu yang mula dulu.
Akak : Seat no berapa dik?
Saya : Emm, no 9. Akak, seat no berapa?
Akak : No 8, sebelum ni dapat seat 24, tapi akak pergi tukar kat self check-in counter tadi.
(Baru saya sedar dah bertambah rupanya kemudahan-kemudahan kat Airport nih).
Nanti senang la nak keluar akak pun guna paspot kan.
Saya : Oh, akak ke Miri ni ada apa?”
Akak : Akak kerja cikgu kat Niah. Adik ni, belajar lagi ke?
Saya : Haah kak, belajar lagi.
Akak : Kat mana?
Saya : Kat Univer... (saya menerangkan seperti biasa. Akak ni rupa-rupanya tak seperti orang lain yang saya temui yang biasanya mengaitkan U saya dengan USM dan UIA. Dia tahu akan keberwujudan USIM.)
Akak : Oh, kat nilai ke?
Saya : Tak kak. Kampus saya yang kat KL tu. Yang harum-harum tu. (Cuba buat lawak)
Akak : Ni cuti sem la ni ye? Tahun berapa dah? (tak mempedulikan lawak saya tadi)
Saya : Ha’ah, cuti sem akak. Tahun 4.
Akak : Oh, dah final year dah la ye?
Saya : Belum lagi kak oi, lagi dua tahun lagi.
Akak : Eh,,,*kerut muka*
Saya : Dua tahun lagi baru habis, saya amik medic kak.
Akak : Mak.. *geleng kepala* ...Tak laratnya.
Saya : *Angguk* (Bagi semangat pada diri sendiri) ..Semuanya 6 tahun kak.
Dan kami pun berjalan bersama-sama masuk ke dalam kabin kapal terbang a.k.a belon.
Saya pasti rakan-rakan sepasukan saya pasti pernah mengalami perkara yang sama. Baru-baru ni seorang pegawai di NIOSH yang memberikan taklimat kepada kami bertanya, “You all ni dah sem berapa dah ni ye?”.... Sambil mencongak-congak dalam otak, kami yang tidak biasa dengan istilah ‘sem’ ini menjawab dengan suara antara dengar tak dengar. “Lapan kak,” suara Amru yang paling kedengaran sekali.
“Oh, dah nak habis? Berapa sem semuanya?”
“Dua belas sem kak.”
“Aih, Repeaters ke ape ni? You all kena repeat ke?”
Ish kak, isu sensitif ni, cakap Fizah dalam hati. Saya faham, isu yang ada kaitan dengan umur ni memang agak sensitif di kalangan kami terutamanya kaum Hawa. Tapi lama-lama alah biasa tegal biasa.
Sedar tak sedar, dah 4 tahun kami melangkah dan melangkah dalam pengajian perubatan. Termasuk 1 tahun asasi, 5 tahun jumlah kesemuanya. Kata orang, dah lebih separuh jalan dah. Dah tak boleh toleh belakang dah.
Tetapi saya pernah mendengar melalui gelombang-gelombang ultrasonar bahawa ada rakan merasakan bidang perubatan yang telah diceburinya selama ni bukanlah bidang yang dia betul-betul nak. Menurut pengalaman Prof. Dr. Muhaya dalam bukunya pula, dia pernah melihat medical student yang usia pengajiannya telah mencecah tahun keempat akhirnya berhenti dari bidang perubatan dan bermula semula di fakulti yang lain.
Daripada samar-samar gelombang ultrasonar itu, saya terhidu bahawa ada rakan lain teruja apabila kawan-kawannya atau kawan kepada kawannya atau abang kepada kawannya yang bekerja sebagai Jurutera yang gaji mereka mencecah angka puluhan k.
Dan kami pernah diberitahu, kalau nak buat duit, doktor bukanlah kerjaya pilihan. Jadi la engineer ke, bussinessman ke, etc. Betul ke kawan-kawan?
Minda bisnes.
Medicine pula lain ceritanya.
“MEDICINE IS A ZERO DEFECT BUSSINESS.”
Dan pernah seorang doktor yang sangat saya hormati katanya,
“Awak jangan risau soal gaji, kalau nak cakap duit gaji tu, insyaallah memang cukup untuk awak hidup. Malahan ada lebih lagi. So, dont worry at all.”
Katanya bila terdapat sahabat-sahabat yang dok risau-risau gaji tak cukup nanti.
Jadi, kepada rakan-rakan tahun 4 yang bakal melangkah ke tahun 5 barang sebulan lagi, jom kita sama-sama teruskan perjalanan kita. Jangan risau soal gaji. Kan dah cukup katanya tadi.
Kalau kita recall balik, betapa bersemangatnya kawan-kawan ni tadi semasa berada di peringkat asasi, matrikulasi, A-level. Di sekolah dulu top student, halatuju pula jelas iaitu selepas sekolah ialah untuk masuk IPT (spesifiknya,amik medic). Tetapi, bila dah masuk sendiri ke dalam alam itu, kita tak nampak dah ke mana arah tujunya selepas sudah bergelar doktor nanti.
A chronic M.O?
Or the busiest Surgeon?
Bussiness-minded GP?
Most lovable Family & Health specialist?
Or boleh-tahan-Ophthalmologist seperti kata Usop?
Clinical lecturers of USIM?
Etc.
Dan bila kita tak nampak semua arah kita, kita jadi tak tentu nak ke mana setelah bergelar doktor nanti. Lagi-lagi mereka yang tidak punya kakak atau abang atau sesiapa yang dikenali yang boleh berkongsi pengalaman sebagai pelajar perubatan atau doktor. Hati saya berbisik, teruskan 2 tahun ni, dan tengok mana-mana ruang yang sesuai. Kalau tak sesuai jugak, cari ruang lain di luar. Tapi saya masih dengan semangat klasik dan tipikal saya : Saya taknak tinggalkan bidang ni. Kalau tercebur sedikit ke bidang lain pun, bidang kedoktoran tetap saya takkan tinggalkan. Kerana saya dah mula nampak sesuatu yang saya nak capai melalui bidang ni. Jangan tanya saya apakah sesuatu tu.
Dan selayaknyalah hidup ini diletakkan sebagai sesuatu yang ada tujuannya!
Sebenarnya saya amat segan kepada mereka yang menggelarkan saya doktor, Dukturah (Ust Mad), Dr Izzati, dan sebagainya. Jauh lagi perjalanan saya. Saya tak berani jamin yang “confirm saya ni jadi doktor.”
Macam tikah cakap, orang tua larang kita beli-beri barang baby kalau baby tu tak lahir lagi. Boleh kata pantang la.
Kepada bakal tahun EMPAT pada Jun ini, syabas akak ucapkan. Dan kita sama-sama doakan rakan-rakan yang lain ya.
Lantai mozek : Akak, saya ada 2 tahun lagi untuk belajar dan diajar!
Astaghfirullah. Beri kami kekuatan untuk terus perbetulkan niat kami Ya Allah.
(Nama-nama yang disebutkan hanyalah rekaan semata-mata. Ada kaitan, tetapi tidaklah ini bermaksud yang mereka yang dinamakan itu sebagai pelakunya.)
12 komentar:
Lama tak komen kat blog izzat.
aku setuju dgn izzat yg course kita ni memang lama. tsangat lama rasanya. 6 thn @ 7thn tmasuk tamhidi bukan tempoh masa yg sekejap. kadang2, tak dinafikan drive@smgt utk jadi doktor tu jadi luntur kjap..akibat kebosanan dan ketidaktahuan bila akan habis belajar..
insyaAllah maybe kita sama2 refresh niat balik lepas ni... selalukan panas2kan minat thadap medic ni blk... ;] explore medic ni puas2..sbb byk lg yg kita nak kena blaja ;] bila curious, barulah teruja kan..sama la macam masa kita baru abis spm dulu! insyaAllah.
Bagusnya kalau dah nampak hala tuju sejak dari awal.
Secara jujur, tak pernah nampak hala tuju. Tak tahu apa akan ambil. Hanya isi kursus pilihan dalam borang kerana ada orang berbisik, "You are a good student. You should be a doctor."
Terfikir, kenapa hanya kursus kedoktoran (dan kejuruteraan) diharap pelajar-pelajar yang 'cemerlang' ini akan pilih
sedangkan beribu-ribu lagi pilihan ideal yang wujud?
Akhirnya, kursus-kursus penting seperti pendidikan, sastera dan seni dipinggirkan. Sedangkan aspek ini juga penting membentuk insan yang menyeluruh. Akhirnya, guru-guru muda dan ahli-ahli fikir pelapis hanya terdiri dari pelajar-pelajar buangan (walau bukan semua).
Apa akan jadi kepada generasi akan datang?
awe- tak lupa juga course2 agama dan tahfiz. mentaliti kita (muslim dan melayu) kebanyakannya dan bukan keseluruhannya, bidang agama untuk yang terbuang. sedih. tapi hakikat.
izzat- rase macam baru je 5 minit masuk course ni..bila 'paling' sekejap kebelakang. masih segar gelak ketawa pecok, awe dan the rest time turun dari bas menuju asrama KPTM
Hurm..insyaAllah.. rancang untuk masa depan.. doakan kami semua selamat masuk klinikal..
Terima kasih pada komen-komen kawan-kawan di entri lain mahupun kat sini. Sangat membantu sebenarnya.
>Faiz Shukri
InsyaAllah.
Dan dah lama dah tak dengar panggilan 'izat' ni dari boys kelas kita.
Rasa bersyukur sebab punya kawan-kawan yang punya mereka yang terdekat bergelar doktor. At least boleh dengar nasihat, kisah suka duka kalian semua selaku anak doktor, adik doktor, anak saudara doktor, dsb.
Betul, banyak lagi yang kena belajar! Learning about the highest creation of God is never easy.
>Aw3rz
:-)
Rasanya pernah jugak kita diterangkan tentang future career as a doctor, tapi masa tu baru masuk tahun 1, manalah otak ni nak memahami dan mencerna.Boleh dikatakan sangat blur.
"You are a good student. You should be a doctor."
Ini pun antara doktrin2 yang disuntik lam semangat budak-budak sekolah. Ditambah dengan mak ayah yang nakkan anakya jadi doktor.
[...sedangkan beribu-ribu lagi pilihan ideal yang wujud?]
Aduhai Malaysiaku..
Very true. Nanti mula la datang rasa terpaksa belajar. Pra-klinikal takpe lagi, setakat study, semua memang studiholic. Telan sahaja. Study group. Bila dah masuk awal fasa klinikal, cepat rasa down. Mula la rasa nak ke bidang lain.
Dan rasanya sepatutnya banyak lagi kos-kos lain yang sepatutnya juga diwujudkan kat Malaysia ni untuk cater generasi akan datang.
Syabas untuk keprihatinan pada generasi akan datang...
>nuarasheeq
Tu dia luahan hati seorang al-hafiz
Itulah jadinya bila kebanyakan orang rasa macam tue. Setakat ni orang yang skor masa SPM tapi tolak course medic untuk mendalami course agama boleh saya kira dengan jari. Syabas pada mereka!!
Mengeluh jugak kenapa nilai agama dan nilai2 kehidupan kurang diterapkan dalam kos lain, ada, tapi tak sepenuhnya. Sepatutnya ia sesuatu yang asalnya tak boleh dipisahkan, tak wajar dipisahkan.
Tak boleh tahan kalau cakap pasal tamhidi dan KPTM. Bila mana masa tu satu kelas naik bas, dan half of the time was spent together in the class and hostel. Tak macam sekarang. Apapun, perubahan tu bukanlah titik untuk kita semua saling melupakan dan tak lagi bahu-membahu. Kita masih lagi 29 orang. Harapnya semua ada rezeki grad 2011 nanti.
What's gonna work? -TEamwork!
>Ahmad Firdaus Fuzai
No worries. Kami pasti doakan. Sama-sama meriahkan hospital Ampang dan memeningkan pengarah..
Rindu waktu tamhidi...bes sgt2 :)
Hidup mmg camtu.ada susah dan senangnye.kalo sentiasa senang,lagi senang la kita nk lupakan Pencipta.tp,samada percaya atau x,kita sbnrnya dah ditentukan utk berjumpa dan bersama2 amek medik ni.pasti ade sesuatu yg Allah nk kita tgk utk jdkan kita lebih baik,even kalo kita kandas skali pon,pasti ada.
Tamhidi is like sour plum. Ko tetap akan ingat dan suka (of certain things) walau sour-ish.
Dan takkan ulang balik masa atau keadaan macam di KPTM- semua ada ego.
I did ask my mom why must I choose medicine and not other course? She said, "Who else? You're one of the smart students and only the chosen ones have the ability to handle this course.I'm sure you'll have no problem."
Kalau kite nak sbnrnye kite boleh tolak awal2.There must be a reason we took the offer anyway--like some siren call maybe?
Setiap yg berlaku ade hikmahnye. Patah semangat tibe2 tu beselah. We are only human. Doa setiap hari supaya kite diberi kekuatan utk hadapi career as a doctor sbb ganjarannya sgtlah besar.
2 orang akak aku xpenah cite pasal field diorang (medicine) to each other. kalu sorang tak paham satu2 bende sorang lagi plak reply "ntah xtau, dah x ingt r". nape ek camtuh? hah2.
tu pgl sindrom tlupe kot.ramai gak org kn sindrom nih.hehe.biasa la tu kot lupe.kite pon sll gak lupe.kalo nk igt mmg kompem kn sebut n dgr sll.cam nak hapal quran gak la.kn ngulang berkali2.lepas dah hapal pon kn ngulang2 gak kan.so camtu gak la kot ngn mende len :)
Post a Comment