Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

04 April 2009

Ayah, Umi; Saya tak mampu berjanji

Semasa saya masih bersekolah dan tinggal di rumah bersama-sama adik-beradik yang lain, saya masih ingat kebiasaannya ayah dan umi saya memenangkan beberapa daripada kami berbanding beberapa yang lain. Dalam keseronokan dunia kami berempat dulu, saya adalah termasuk yang kebiasaannya dimenangkan. Kata sahabat saya, biasanya anak kedua akan cuba menonjolkan dirinya, untuk bersaing dengan yang pertama dan apatah lagi adik-adiknya. Dan seingat saya sebagai anak kedua (dengan 3 adik di bawah saya) sememangnya saya selalu cuba menarik perhatian semua dalam keluarga. Menjerit, menangis, merajuk, mengamuk, memang modal saya. Dan adik saya, Shakirul berkongsi sikap yang sama dengan saya. Biasanya kamilah antara yang diberi kemenangan dalam apa jua battle di kalangan kami.

Pernah pada tahun 2002, abang saya, saya, Izaidah dan anak keempat, Shakirul bersekolah serentak di sekolah yang sama. Abang Shaffiq di tingkatan 5, saya T4, Zaidah T2 dan Shakirul di Tingkatan 1 ketika itu. Kerana jarak umur yang dekat inilah banyak masa dihabiskan bersama.
Adik kami yang bongsu, Shamiel lain pulak ceritanya kerana dia lahir 4 tahun selepas Shakirul, dunianya lebih 'tenang' berbanding dunia kami berempat di atas.

Setelah kami menginjak dewasa, dan keempat-empat kami pun serentak sedang belajar di IPTA, saya mula melihat corak yang berbeza. Tika ini, saya merasakan kemenangan telah bermula di pihak Abg Shafiq dan Zaidah. Lebih-lebih lagi Abg Shaffiq, kerana ayah sendiri telah berpesan kepada kami adik-beradik, lebihkan kasih sayang kamu kat abang kamu tu, kesian masa dia kecik, dia selalu kena marah. Kerana kami adik-adiknya selalu menang. Sebenarnya saya pernah terbaca diarinya tentang luahan hati 'menjadi kambing hitam' atas kesalahan adik-adik. Aduh, tergelak saya. "Emm, janganlah kau bersedih lagi abangku, kau sentiasa di hati kami!"
Dan saya juga tersentuh kerana abanglah orang yang selalu memujuk saya dengan lawak-lawaknya ketika dimarahi semasa kecil. Dan adik-adikmu, Izzati, Izaidah, Shakirul, Shamiel selalu terkenangkan permainan-permainan yang kita main bersama semasa kecil. Sesungguhnya kami sangat rindukan saat-saat bersama kita dahulu.

Dan setelah dewasa inilah baru saya merasakan bukannya senang menjadi mereka yang dimenangkan sedikit sahaja berbanding abangnya dan adiknya. Bukan bermaksud saya selalu kalah. Maksud 'saya jarang diberi kemenangan' di sini kerana permintaan dan kehendak abang dan adik selalunya lebih dipenuhi. Mungkin umi dan ayah bertujuan menebus kembali kesedihan mereka yang lampau. Kenakalan saya semasa kecik (tapi di rumah ajelah) telah dibalas dengan sikap saya sekarang yang tidak lagi meminta-meminta seperti adik-beradik yang itu. Mungkin saya akur akan hakikat mereka lebih perlukan kasih sayang sekarang ni.

Tapi saya masih malahan tersangat bahagia kerana ayah dan umi saya juga bahagia dengan anak-anaknya sekarang. Sort of bayar balik dengan apa yang kami buat. Mungkin saya masih terbawa-bawa dengan sikap dahulu, tapi saya dan Shakirul banyak berubah. Kami sedar kami banyak menyebabkan Abang dan Zaidah (kakcik) makan hati berulamkan jantung dahulu. Maafkan kami Abg Shafiq, Kakcik. Tapi kita semua dah semakin sayang-menyayangi kan?

Really love you guys, abangku, dan adik-adikku!!!

Sekarang saya antara yang banyak menelan perasaan, tapi saya faham, bukan senang bagi ayah dan umi nak puaskan hati kesemua anak-anaknya. Saya tak sanggup berjanji seperti yang umi dan ayah mahu, tapi saya hanya cuba dan berusaha untuk hadiahkan Umi dan Ayah syurga. Dan hadiahkan Ayah dan Umi keturunan yang mendoakan kita, dan moyang-moyang kita. Mungkin itu yang termampu bagi saya untuk membalas jasa ayah dan umi selama ni. Yang tak pasti lagi mampu tertunai atau tidak. Semuanya di tangan-Nya. Buat umi dan ayah yang sedang membaca blog ini, saya pohon janganlah pinta anakmu ini berjanji lagi..Kerana saya cuma bercita-cita untuk hadiahkan umi dan ayah syurga sahaja. Yang lain saya tak tahu saya mampu atau tidak. Kita doa je la ye...

1 komentar:

SyukraNs said...

Assalamualaikum, fuh~!

I can see your world, as i see Ustaz Ishak...


=) fuh~! Cool...
Wallahualam