Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

21 May 2009

Ada penawar?

Saya teringat semasa masih di bangku sekolah rendah. Sekiranya terasa badan sudah panas, tekak kering dan perit, hidung sudah berair, saya akan mengadu pada ayah.

“Ayah, sakit tekak.”

“ Nak demam la tu, nanti ayah bagi panadol.”

Sebagai kanak-kanak saya tidak berpuas hati dengan jawapan ayah tadi.
“Orang bukan nak ubatlah ayah.”

“Habistu, anak ayah nak apa?”

Saya sendiri pun terdiam dan tidak tahu untuk meminta apa.
“Manalah tau. Tapi taknak ubat.”

Bila saya mengadu pada mak,
“Umi, tadi jatuh kat jalan, sakit.”

“Mana, mari sini umi nak tengok. Ni kena urut sikit ni. Kesian anak umi jatuh.”
Bila mendengar jawapan umi, tidak tahu kenapa saya rasa sangat lega.

Bila saya mulai besar, baru saya faham mengapa saya tidak berkehendakkan ubat ketika demam. Dan kenapa saya tidak berpuas hati kadang-kadang dengan jawapan kepada aduan saya.

Sebenarnya saya hanya berkehendakkan perhatian mereka. Tak perlu ubat pun. Semudah kata-kata “Yeke, kesian anak ayah.” Dan perlakuan-perlakuan yang menunjukkan perhatian dan kasih pada si anak seperti menyapu-nyapu dan meniup-niup tempat yang sakit, lebih mujarab me’ngubati’ penyakit si anak.

Demam hanyalah presenting problem. Tapi kasihlah yang dibutuhi.

Saya teringat akan pelajaran-pelajaran kami selama ini. Kebanyakan penyakit tidak diberikan ubat yang melenyapkan atau menghapuskan punca datangnya penyakit. Seperti demam denggi, tiada ubat yang menyembuhkan denggi dalam erti kata membunuh virus denggi. Namun sebenarnya sistem pertahanan badan kita sendiri diciptakan sebegitu hebat untuk menghasilkan immunoglobulin yang ‘menghapuskan’ virus denggi. Rawatan untuk denggi ialah menggantikan cecair yang hilang daripada badan. Seperti minum banyak air, dan memasukkan air (intravenous fluid) untuk menggantikan jumlah air yang hilang. Dan mengawasi tanda-tanda yang disyaki ialah komplikasi teruk daripada denggi.

Jika kita lihat penyakit-penyakit lain, seperti kencing manis, darah tinggi, parkinson, dan banyak lagi penyakit lain, prinsip merawatnya ialah mengawal atau mengurangkan simptom dan mengelakkan komplikasi yang lebih teruk. Kencing manis tetap wujud,pesakit parkinson tetap punya kerosakan pada sistem sarafnya. Tiada penawar, cuma ada rawatannya.


Memang terdapat antibiotik, antiTB(untuk batuk kering aka TB), antivirus, antifungus. Namun betapa sakit tetap memerlukan rawatan berunsurkan memulihkan simptom dan kesakitan seperti penahan sakit, tambah darah. Malahan sesetengah pesakit lebih perlukan jagaan, kasih sayang dan perhatian berbanding diberi ubat hospital.



Mungkin pada masa akan datang kita juga perlukan klinik khas untuk penyakit ‘hati’.
Dan bukanlah setiap orang yang datang kepada kita dengan masalah memerlukan penyelesaian kepada masalahnya. Kalau kita sedar, kebanyakannya hanya meminta dirinya didengari berbanding meminta masalahnya diselesaikan.

~Harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI PENDIDIK kepada semua yang pernah hadir dalam hidup saya mengajar erti dan nilai kehidupan~

5 komentar:

Ahmad Firdaus Fuzai said...

5 saat sentuhan lebih bermakna daripada 5 minit kata-kata.. emm?

Izzati Ishak said...

>Ahmad Firdaus

Apa-apa yang punya ruh pasti bermakna. Sentuhan yang punya ruh. Kata-kata yang punya ruh.

Muhammad Riduan Bin Wan Deraman said...

Persoalan: Adakah wujud perbezaan diantara sentuhan utk mendidik dan sentuhan utk mengajar?sekiranya ada, apakah perbezaan tu?

Izzati Ishak said...

>>Muhammad Riduan

Terlebih dahulu mcm mana yg Duang katakan mendidik? Dan apa yang dimaksudkan mengajar?
Maafla, akak pulak tanya balik.
Atau ada pandangan Duang sendiri?

Muhammad Riduan Bin Wan Deraman said...

Maaf lmbat merespon,..huhu
em,apa yg sy faham, mmg ada perbezaan diantara mendidik n mengajar..
mendidik lebih bagus daripada mengajar.knp?
cikgu2 zaman mak ayah kita dulu lebih ke arah mendidik."Kamil, semalam kn kamil da janji dgn cikgu nk selesaikan kerja sekolah ni, tp kamil still tinggalkan kosong,knp?mungkiri janji tu kn ciri2 org munafik dan Allah mmg x suka pada org munafik nh,.."
cikgu2 skrg, nk tegur murid pon serba salah, iye la, tegur ckit da kene jupe parents kt ofis..so, dorang lebih menumpukan kpd mengajar, xde kepada pembentukan dan pemantapan akhlak yg berlandaskan islam..
jzkk...