Saya telah beberapa jam tiba di hometown saya. Jangan ditanya kegembiraan saya bertemu mereka yang tersayang di rumah. Pagi tadi, semasa sedang layu menunggu di boarding gate sebelum flight berlepas, sempat bertegur sapa dengan seorang kakak yang sangat suka senyum.
(Ting ting ting...Bagi penumpang yang memegang no tempat duduk dua puluh ... sehingga no tiga puluh..... anda boleh bergerak ke pintu berlepas sekarang. Bagi penumpang lain akan dipanggil sebentar lagi.)
Akak tu yang mula dulu.
Akak : Seat no berapa dik?
Saya : Emm, no 9. Akak, seat no berapa?
Akak : No 8, sebelum ni dapat seat 24, tapi akak pergi tukar kat self check-in counter tadi.
(Baru saya sedar dah bertambah rupanya kemudahan-kemudahan kat Airport nih).
Nanti senang la nak keluar akak pun guna paspot kan.
Saya : Oh, akak ke Miri ni ada apa?”
Akak : Akak kerja cikgu kat Niah. Adik ni, belajar lagi ke?
Saya : Haah kak, belajar lagi.
Akak : Kat mana?
Saya : Kat Univer... (saya menerangkan seperti biasa. Akak ni rupa-rupanya tak seperti orang lain yang saya temui yang biasanya mengaitkan U saya dengan USM dan UIA. Dia tahu akan keberwujudan USIM.)
Akak : Oh, kat nilai ke?
Saya : Tak kak. Kampus saya yang kat KL tu. Yang harum-harum tu. (Cuba buat lawak)
Akak : Ni cuti sem la ni ye? Tahun berapa dah? (tak mempedulikan lawak saya tadi)
Saya : Ha’ah, cuti sem akak. Tahun 4.
Akak : Oh, dah final year dah la ye?
Saya : Belum lagi kak oi, lagi dua tahun lagi.
Akak : Eh,,,*kerut muka*
Saya : Dua tahun lagi baru habis, saya amik medic kak.
Akak : Mak.. *geleng kepala* ...Tak laratnya.
Saya : *Angguk* (Bagi semangat pada diri sendiri) ..Semuanya 6 tahun kak.
Dan kami pun berjalan bersama-sama masuk ke dalam kabin kapal terbang a.k.a belon.
Saya pasti rakan-rakan sepasukan saya pasti pernah mengalami perkara yang sama. Baru-baru ni seorang pegawai di NIOSH yang memberikan taklimat kepada kami bertanya, “You all ni dah sem berapa dah ni ye?”.... Sambil mencongak-congak dalam otak, kami yang tidak biasa dengan istilah ‘sem’ ini menjawab dengan suara antara dengar tak dengar. “Lapan kak,” suara Amru yang paling kedengaran sekali.
“Oh, dah nak habis? Berapa sem semuanya?”
“Dua belas sem kak.”
“Aih, Repeaters ke ape ni? You all kena repeat ke?”
Ish kak, isu sensitif ni, cakap Fizah dalam hati. Saya faham, isu yang ada kaitan dengan umur ni memang agak sensitif di kalangan kami terutamanya kaum Hawa. Tapi lama-lama alah biasa tegal biasa.
Sedar tak sedar, dah 4 tahun kami melangkah dan melangkah dalam pengajian perubatan. Termasuk 1 tahun asasi, 5 tahun jumlah kesemuanya. Kata orang, dah lebih separuh jalan dah. Dah tak boleh toleh belakang dah.
Tetapi saya pernah mendengar melalui gelombang-gelombang ultrasonar bahawa ada rakan merasakan bidang perubatan yang telah diceburinya selama ni bukanlah bidang yang dia betul-betul nak. Menurut pengalaman Prof. Dr. Muhaya dalam bukunya pula, dia pernah melihat medical student yang usia pengajiannya telah mencecah tahun keempat akhirnya berhenti dari bidang perubatan dan bermula semula di fakulti yang lain.
Daripada samar-samar gelombang ultrasonar itu, saya terhidu bahawa ada rakan lain teruja apabila kawan-kawannya atau kawan kepada kawannya atau abang kepada kawannya yang bekerja sebagai Jurutera yang gaji mereka mencecah angka puluhan k.
Dan kami pernah diberitahu, kalau nak buat duit, doktor bukanlah kerjaya pilihan. Jadi la engineer ke, bussinessman ke, etc. Betul ke kawan-kawan?
Minda bisnes.
Medicine pula lain ceritanya.
“MEDICINE IS A ZERO DEFECT BUSSINESS.”
Dan pernah seorang doktor yang sangat saya hormati katanya,
“Awak jangan risau soal gaji, kalau nak cakap duit gaji tu, insyaallah memang cukup untuk awak hidup. Malahan ada lebih lagi. So, dont worry at all.”
Katanya bila terdapat sahabat-sahabat yang dok risau-risau gaji tak cukup nanti.
Jadi, kepada rakan-rakan tahun 4 yang bakal melangkah ke tahun 5 barang sebulan lagi, jom kita sama-sama teruskan perjalanan kita. Jangan risau soal gaji. Kan dah cukup katanya tadi.
Kalau kita recall balik, betapa bersemangatnya kawan-kawan ni tadi semasa berada di peringkat asasi, matrikulasi, A-level. Di sekolah dulu top student, halatuju pula jelas iaitu selepas sekolah ialah untuk masuk IPT (spesifiknya,amik medic). Tetapi, bila dah masuk sendiri ke dalam alam itu, kita tak nampak dah ke mana arah tujunya selepas sudah bergelar doktor nanti.
A chronic M.O?
Or the busiest Surgeon?
Bussiness-minded GP?
Most lovable Family & Health specialist?
Or boleh-tahan-Ophthalmologist seperti kata Usop?
Clinical lecturers of USIM?
Etc.
Dan bila kita tak nampak semua arah kita, kita jadi tak tentu nak ke mana setelah bergelar doktor nanti. Lagi-lagi mereka yang tidak punya kakak atau abang atau sesiapa yang dikenali yang boleh berkongsi pengalaman sebagai pelajar perubatan atau doktor. Hati saya berbisik, teruskan 2 tahun ni, dan tengok mana-mana ruang yang sesuai. Kalau tak sesuai jugak, cari ruang lain di luar. Tapi saya masih dengan semangat klasik dan tipikal saya : Saya taknak tinggalkan bidang ni. Kalau tercebur sedikit ke bidang lain pun, bidang kedoktoran tetap saya takkan tinggalkan. Kerana saya dah mula nampak sesuatu yang saya nak capai melalui bidang ni. Jangan tanya saya apakah sesuatu tu.
Dan selayaknyalah hidup ini diletakkan sebagai sesuatu yang ada tujuannya!
Sebenarnya saya amat segan kepada mereka yang menggelarkan saya doktor, Dukturah (Ust Mad), Dr Izzati, dan sebagainya. Jauh lagi perjalanan saya. Saya tak berani jamin yang “confirm saya ni jadi doktor.”
Macam tikah cakap, orang tua larang kita beli-beri barang baby kalau baby tu tak lahir lagi. Boleh kata pantang la.
Kepada bakal tahun EMPAT pada Jun ini, syabas akak ucapkan. Dan kita sama-sama doakan rakan-rakan yang lain ya.
Lantai mozek : Akak, saya ada 2 tahun lagi untuk belajar dan diajar!
Astaghfirullah. Beri kami kekuatan untuk terus perbetulkan niat kami Ya Allah.
(Nama-nama yang disebutkan hanyalah rekaan semata-mata. Ada kaitan, tetapi tidaklah ini bermaksud yang mereka yang dinamakan itu sebagai pelakunya.) Leia Mais…
