"Perkahwinan bukanlah sekadar memenuhi tuntutan nafsu sahaja. Di sini disebutkan beberapa kelebihan berkahwin menurut..."
Sebelum ini pernah jugak mendengar khutbah nikah, tetapi antara dengar tak dengar saja rasanya. Kali ini mendengar khutbah nikah yang dibacakan ayah, entah terasa sayu. Bakal adik ipar dahpun mengesat mata.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, adinda izaidah sudahpun bergelar pasangan hidup kepada suaminya sekarang, Fikri.
Berkhir sudah babak air mata, kini mereka sah sebagai suami isteri.
Upacara akad nikah dilakukan di Masjid Amru Al-'As di Sentul, berhampiran dengan rumah persinggahan keluarga adik ipar.
Dan diteruskan dengan majlis kesyukuran dibuat di Bangi bertempat di rumah ibu saudara saya.
Kembali ke kampus setelah dua hari dinikahkan, itulah yang perlu dilalui oleh pasangan ini.
"Pilihlah agamanya", begitulah pesan ayah dan umi kepada kami. Kerana itulah juga, akhirnya ayah dan umi akur jodoh Izaidah telah tiba ketika usianya kini 21 tahun.
Secara jujur, saya sangat bersyukur Izaidah telah pun bertemu insan tercatat di Luh Mahfuz yang tercipta untuknya. Doa saya sebagai seorang kakak, moga permulaan yang baik ini menjamin kesudahan yang baik buat mereka berdua.
Bersedialah menggalas tambahan tanggungjawab. Tambahan beban. Bukan untuk menakut-nakutkan, tetapi kemanisan saat mendengar lafaz "Aku terima nikahnya dengan .." yang dilafazkan oleh berjuta lelaki sebelum ini direntet juga dengan kesinambungan yang juga berjuta. Saya tidak berpengalaman, malah jauh lagi mungkin, justeru hanya mampu menceritakan pengalaman orang lain.
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya."
Alhamdulillah bagi yang berterusan merasakan kebahagiaan berumahtangga. Bagi yang sebaliknya, inilah masanya perlu mencari solusi dan mengkoreksi.
....Moga ditetapkan hati mereka di jalanMu....Saya hanya menulis secara umum, kerana entri ini sebenarnya khusus bagi mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru.
Selamat menempuh alam kampus dengan hati yang tenang. Saya yakin izaidah mampu membawa anatomy, physiology, biochemistry, dan lain-lain dengan jayanya, berdasarkan kemampuannya yang pernah saya tahu selama ni. (Dik, anggaplah ini kata peransang dari kakakmu yang seorang ni.)
Moga kita beroleh ulama yang soleh dan solehah suatu hari nanti. Leia Mais…