Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

24 November 2008

Obstetrics Posting

Rasanya saya belum pernah menceritakan perihal pengajian saya di universiti di dalam blog ini. Apatah lagi menceritakan perihal sekolah, kawan-kawan, dan apa-apa saja yang menghubungkan anda dengan saya. Sekadar memecahkan tradisi blog saya, apa kata saya mulakan dengan menceritakan sedikit sebanyak tentangnya.

Sekarang saya sedang berada dalam ’posting’ obstetrics, atau dalam bahasa lainnya, perbidanan. Eh, nak jadi bidan ke saya ni? Lebih kurang macam tu la. Sebenarnya kami sedang menjalani posting-posting yang akan melayakkan kami bergelar pegawai perubatan siswazah (House Officer), dan seterusnya pegawai perubatan (medical officer) kelak, insyaAllah. Jadi, perbidanan dan sakit puan (Obstetric and Gynaecology @ O&G) adalah salah satu disiplin yang perlu kami ambil/cover.
Tapi, untuk kali ini, kami hanya perlu mengambil obstetric sahaja, yang mana posting O&G (keseluruhannya) akan dibuat pada tahun akhir kelak. Pelajar perubatan lain pasti akan bertanyakan soalan ini: Berapa banyak delivery yang kena conduct?
Jawapan saya: 15 deliveries (kes kelahiran) kesemuanya.

Conducting deliveries bermaksud kami perlu menyambut kelahiran bayi. Untuk itu kami perlu berada di bilik bersalin setibanya pesakit ke katil bersalin sehinggalah sejurus sebelum dia dihantar ke wad selepas bersalin. Antara peranan yang perlu kami ambil bermulalah daripada setting drip ataupun branula (memasukkan jarum ke tangan/belakang telapak tangan pesakit untuk mendapatkan akses ke saluran darah), memeriksa bukaan rahim, mengisi dan melaksanakan apa yang ada dalam partogram (carta perkembangan proses kelahiran) termasuklah cathererization of bladder, time contraction, measure vitals, augmentation sehingga pesakit merasa sakit hendak meneran, bayi keluar, dan proses bersalin uri dan oh, belum habis lagi, meguruskan bayi (bersihkan, injection dan sebagainya).






Pada saya, nombor tersebut agak banyak,dan agak mustahil untuk dihabiskan dalam masa 8 minggu. Namun, alhamdulillah, sekarang adalah minggu yang keenam, dan saya telah menyambut 10 kelahiran dengan bantuan jururawat masyarakat (bidan la tu). Malah ada di kalangan kami yang telah pun menghabiskan bilangan 15 tersebut. Alhamdulillah semuanya berkat pertolongan Allah, ditumpahkan kasihNya melalui jururawat-jururawat tidak kira berpangkt JM atau staff nurse, semuanya membantu kami, dan tidak membiarkan kami terkapai-kapai seorang diri menyambut bayi.

Saya bersyukur dengan pencapaian tersebut. Tapi saya berasa bersedih dengan diri saya sendiri. Terlalu mengejar untuk penuhkan kes dalam logbook sehinggakan saya telah terlepas pandang banyak perkara.

1. Keselesaan pesakit yang hendak bersalin kurang diambil perhatian
2. Bertelagah sesama sahabat sendiri untuk berebut kes kelahiran
3. Simpan perasaan tidak puas hati pada rakan-rakan yang lain, yang bernasib baik dapat kes.
4. Mengungkit balik dan berkira akan kes yang kita ’sedekahkan’ pada kawan yang lambat ’cop’ kes.
5. Lupa niat sebenar saya dipostingkan ke O&G selama ini.

Tidak malukah saya kepada DIA? Bahkan saya amat malu dengan diri sendiri, apatah lagi DIA. Tinggal 3 minggu saja lagi untuk saya muhasabah dan mengkoreksi diri. Antara kesilapan-kesilapan yang saya sendiri tidak akan nampak, sehinggalah saya bermuhasabah dan ingat balik satu-satu ’aksi’ saya selama ini.

Niat mampu mengubah dan mengarah segala tindak-tanduk kita. Ampunkan kesilapanku Ya Allah. Pada sahabat-sahabat saya memohon jutaan kemaafan atas kerakusan mengejar kes tersebut. Ya, kerakusan saya katakan. Saya mesti betulkan niat saya setiap masa.

Kepuasan paling tak terkata daripada menyambut kelahiran bayi-bayi tersebut ialah melihat ibu dan bapanya menangis kegembiraan dan kesyukuran. Lagi bertambah puas dan terasa kemenangannya bila si bapa sendiri meminta untuk mengazankan si bayi. Jika tidak, kami sendiri yang akan mengazankan bayi kerana kekadang bayi tersebut dilahirkan secara caesarian (pembedahan), jadi mana-mana bayi yang dibawa ke atas tidak akan dipertemukan kepada bapanya dahulu, sedangkan ibunya sudah tentu masih di bilik bedah, menanti jahitannya disiapkan,maka kami yang mengambil alih mengazankan. Namun apa yang menyedihkan bila terdapat bayi-bayi yang tidak berbapa secara sah, masyaAllah, sedihnya tak kepalang, siapakan yang akan memberi kasih seorang bapa kepada bayi tersebut? Apatah lagi mengazankan ketika dilahirkan. Maka bisinglah mulut kami meminta rakan-rakan lelaki mengazankan bayi-bayi fitrah tersebut. Kadang-kadang kami pelajar perempun sendiri mengazankan(secara perlahan la kan) bayi tersebut. Biarlah kalimah toyyibah juga yang pertama didengarkan kepada mereka.




Dan kalimah toyyibah jugalah yang akan mengakhiri penghidupan kita kelak.

Sekadar menghayati translasi kalimat azan

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah
Dan aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah


Marilah menunaikan solat
Marilah menuju kejayaan

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan Selain Allah



Nawaitu lillahi ta’ala.

Leia Mais…

02 November 2008

Today

Tangan ni rasa melonjak-lonjak nak menaip post..

Nantikan je la ye...

Leia Mais…